Biasanya, apabila kita memasak nasi putih di rumah, langkahnya agak ringkas – cuma basuh, tekan butang ‘On’, dan hidang.
Tetapi, adakah anda pernah perasan bahawa nasi putih di kedai kelihatan sangat ‘cantik’, strukturnya lembut dan tidak melekat?
Ketika kita makan di kedai, rasanya juga lebih enak, terutama apabila dicampur dengan lauk.
Bagaimana pula cara tukang masak di kedai mencapai hasil yang begitu sempurna? Adakah ada rahsia yang kita tidak tahu?
Baru-baru ini, seorang chef berpengalaman, Chef Ahmad Shukri Amiruddin, berkongsi resipi rahsia untuk memasak nasi putih dengan keahlian dalam Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official.
Tips untuk memasak nasi putih dengan ‘ilmu pengasih’
“Malam ini saya sibuk di rumah dan terpaksa memasak nasi putih. Tetapi, ada satu rahsia besar dalam proses memasak nasi putih. Selama 25 tahun saya bergelumang dalam industri makanan, saya ingin berkongsi ilmu penting dalam dunia masakan,” kata Chef Shukri.
Dia mendedahkan bahawa ramai kedai makan menggunakan ‘ilmu pengasih’ dalam penyediaan nasi campur dan hidangan kenduri kahwin. Ilmu ini membantu mencipta hidangan yang lezat dan memikat hati pelanggan.
“Kadang-kadang, apabila kita makan nasi di kedai, ia sungguh sedap. Orang akan berkata kedai tersebut menggunakan jin, bomoh, atau hantu. Tetapi sebenarnya, rahsianya terletak pada teknik masakan yang digunakan,” jelasnya.
“Setiap kali memasak nasi putih, bacalah Bismillah dan selawat semasa mencuci beras. Ini penting. Ketika memasak, tambahkan sedikit garam dan minyak ke dalam periuk. Jangan lupa masukkan juga daun pandan,” tambahnya.
Menurut Chef Shukri, minyak membantu nasi tidak melekat dan sentiasa lembut, manakala garam memberi rasa pada nasi. Daun pandan pula memberi aroma wangi pada nasi. Jika memasak nasi lain seperti nasi tomato atau nasi minyak, tambahkan gula batu untuk menaikkan kilauan nasi.
“Inilah rahsia besar yang banyak kedai makan gunakan. Saya bersedia berkongsi ilmu ini kerana saya percaya bahawa ilmu yang diamalkan akan mendapat pahala berterusan,” tutur Chef Shukri.
BACA; Terkejut tengok tukang masak bebola babi goreng, jangan tertipu imej bertudung