“Abang ipar, sejak kebelakangan ini dia suka sangat kacau saya, kadang-kadang dia sangat melampau, dia buat-buat tersentuh..”

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Salam admin Mohon hidekan facebook saya ,Terima Kasih Admin. Saya ingin meluahkan rasa kesal di hati,

Saya stress dengan abang ipar saya, sejak kebelakangan ni dia suka sangat kacau saya dan kadang2 dia sangat 2 melampau.

Walaupun saya sudah sound dan marah dia berkali kali tetapi seperti tidak faham bahasa, nak kata tak sekolah agama sekolah agama, adik ipar ke abang ipar ke kakak ipar ke ada batasannya.

"Abang ipar, sejak kebelakangan ini dia suka sangat kacau saya, kadang-kadang dia sangat melampau, dia buat-buat tersentuh.."

Masalahnya setiap kali Saya masak di dapur dia suka kacau, konon2 tolong saya, suka sangat cuit cuit saya, sentuh saya, pegang pinggang saya, konon2 macam terlanggar dan lagi buat saya sakit hati dia makin melampau berani pegang pungg0ng saya.

Allah sebenarnya saya sedih harapkan pagar tapi pagar makan padi min. Apa yang ada dekat kepala hotak dia admin kalau borak dengan saya nak Ada selit perkataan Luc4h. kadang saya buat tak dengar. Konon puji2 saya rajinlah ,masak sedaplah.

dia buat2 rajin semak dekat dapur tapi tangan tak reti diam, bila saya sound ke marah buat b0d0h kalau saya meng4muk nanti hilang rasa hormat. Saya nak beritahu kakak tak sampai hati, yela kesian dengan kakak saya tapi kalau saya cerita takut dia tak percaya Laki diakan.

Nak bagitahu mak ayah lagilah macam kesian. yela abang ipar ni serumah dengan kitaorang. Saya sebelom ni duduk luar, saya ada lagi masa beberapa hari duduk kampung nak habiskan masa dengan mak ayah.

Nanti kalau saya dah start kerja balik saya dah tak banyak masa, kadang dia ajak saya jalan tapi bila saya cakap jomlah jalan dengan kakak dan mak eh tak nak pulak ada Je alasan. Allahu Sedih sebenarnya bila abang ipar sendiri amik kesempatan pada kita. kalau ikutkan hati saya dah m4ki tapi saya kesian dengan kakak takut bermasam muka atau sebaliknya.

Laki dia kalau depan Orang pijak semut pun tak m4ti, hipokrit saya rasa dia ni kadang.Tapi Kalau saya cerita mesti di katanya saya ni bermulut jahat atau sengaja ada 2 kan cerita sebab saya ni tak pandai berlapik saya jenis cakap terus terang.

Ni kalau saya cakap takut nanti kakak saya hangin sebab dia ni cepat hangin. pada siapa saya nak cerita .Tadi saya tengok mak dan ayah berkelopak mata saya min mengenangkan diorang yang semakin uzur, Saya belum dapat menyenangkan mereka,kerja cukup2 makan je,ada abang ipar pun tak boleh harap.

Saya cuma harap sangat abang ipar saya ni pakai otak dia ni berfikir dengan waras, gunakan akal dia bukan n4fsu .Dia pun ada adik perempuan patutnya dia faham.

Sebelum ni pun ada saya pernah tumpang dia balik dia bawak saya pusing kat kawasan gelap tapi saya buat relax je dia siap cakap jangan bagitahu akak saya tapi dia tak ada buat apa2 tapi Baru2 ni saya ada tumpang dia balik Dia sentuh peha saya saya tepis saya cakap kau ni gile dia usik2 saya eleh2 dia ingat saya nak melayan n4fsu b0d0 dia tu.

saya bukan nak beprasangka buruk tapi dia dah sangat melampau sekarang makin menjadi kalau saya cerita pada kakak kompem akan jadi perkara buruk, saya risau kakak saya bermasam muka je dengan saya.

SEMOGA Abang Ipar Saya sedarlah Mana yang HALAL DAN H4R4M (INGAT REDHA ISTERI SANGAT PERLU SEBAB KALAU ISTERI TAK REDHA

JANGAN HAIRAN KENAPA REZEKI KAU SEMPIT DAN URUSANKAU DIPERSULITKAN CEPATLAH BERUBAH) ADMIN tambahan. Saya baru duduk beberapa bulan ye, untuk pengatahuan saya sentiasa berbaju panjang dan seluar panjang .

BACA: “Perangai ibu saya buatkan saya jadi anak derhaka, dia kerap menyusahkan anak perempuan tapi merajakan anak lelaki sahaja!”