Tiga individu dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) akan dihadapkan ke Mahkamah Shah Alam, Selangor hari ini.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi oleh Harian Metro
Beliau mengesahkan bahawa mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Shah Alam hari ini.
“Ya, tiga orang dari Aman Palestin akan dihadapkan ke mahkamah esok,” katanya secara ringkas.
Sebelum ini, menurut Harian Metro melaporkan bahawa SPRM telah membekukan 41 akaun dan beberapa entiti syarikat lain yang berkaitan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin dengan jumlah wang yang dilaporkan sebanyak RM15,868,762 selepas didakwa terlibat dalam penyalahgunaan dana sumbangan orang ramai.
Tindakan pembekuan itu diambil selepas siasatan ke atas Aman Palestin yang bermula sejak 17 Oktober tahun lalu.
“Selain itu, SPRM juga telah melakukan serbuan ke premis Aman Palestin dan mengumpul dokumen-dokumen yang berkaitan dengan aspek kewangan dan pengurusan operasi untuk tempoh lima tahun yang lalu.
“Siasatan ini dijalankan untuk mendapatkan keterangan berhubung kesalahan di bawah Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574),” katanya.
BACA: Ramai tertanya-tanya macam mana proses braces susun gigi berterabur ramai nak tahu