Tular trend komen ‘Tunggu Tun Laila explain’, rupanya ini kisah disebalik trend ini

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Trend di TikTok tidak hanya melibatkan video semata-mata, tetapi juga terdapat trend yang melibatkan komen yang ditinggalkan pada platform media sosial tersebut.

Sebelum ini, terdapat trend komen yang melibatkan ayat “what country is this?”

Dan kali ini, ramai pula yang meninggalkan komen “boleh dengar penjelasan Tun Laila”.

Tular trend komen 'Tunggu Tun Laila explain', rupanya ini kisah disebalik trend ini

Komen tersebut menjadi popular sehingga kadang-kadang video yang tidak berkaitan dengan influencer Tun Laila juga mendapat komen yang serupa.

Jika anda sering menggunakan TikTok, anda pasti mengenali Tun Laila, seorang pempengaruh yang juga seorang peguam.

Beliau sering berkongsi pengetahuan tentang undang-undang tempatan dan memberi penjelasan mengenai isu-isu yang sedang hangat diperbincangkan.

Popularitinya semakin meningkat apabila beliau memberikan penjelasan mengenai isu enakmen di Kelantan dalam video terbarunya.

@yarafaee undang-undang syariah yang terbatal. dengar dan fahamkan dengan hati yang terbuka, bukan dengan hati yang membenci. #lawknowledge #lawyer #syariah #kelantan ♬ original sound – tun.

Oleh itu, ramai pengguna TikTok merujuk kepada Tun Laila apabila terdapat isu berkaitan undang-undang negara, dan komen seperti itu semakin kerap digunakan.

Menurut sumber, Tun Laila telah menamatkan pengajian ijazah undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor, dan telah didaftarkan sebagai peguam oleh Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun lepas selepas menamatkan tempoh kamar selama sembilan bulan.

Pada masa penulisan artikel ini, Tun Laila sudah mempunyai lebih daripada 700,000 pengikut di platform media sosial TikTok.

BACA: “Masa giliran aku jaga mak, mak tunjuk ada ‘orang’ sebelah aku, semua ini jadi lepas mak cakap nak tukar nama rumah pusaka atas nama aku”