Resipi Loaded Potato Bowl Ala KFC, sekali cuba pasti nak lagi. Pastinya ramai yang idamkan untuk masak sendiri resipi tekenal dari KFC ini.
Wanita ini berkongsi resipinya di laman facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Tyra Manan berkongsikan resipi yang boleh dinikmati dalam kuantiti yang banyak,
sesuai untuk dihidang kepada sanak saudara atau kepada anak-anak tanpa mengeluarkan wang yang banyak.
Bahan Kentang Putar:
Kentang – 1kg
Butter – 100g (potong dadu)
Whipping cream – 100ml
Air – 50ml (bukan untuk rebus kentang ya)
Lada hitam
Garam – agak-agak biar secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Rebus kentang sampai ia lembut.
2. Selepas itu, campurkan je semua bahan-bahan di atas tadi, gaul sehingga butter cair.
Jangan risau! rasa dia nanti serius sedap!
Bahan Ayam:
Ayam bahagian dada – potong dadu
Tepung bestari
Cara membuatnya:
Bancuh tepung dengan air selepas itu goreng ke dalam minyak panas.
Bahan Topping:
Jagung rebus
Serbuk keju yang dibancuh dengan air panas
Mayonis
Nota: Jagung rebus dahulu tapi jangan terlalu lama untuk elak ia kecut. Selepas itu gaulkan dengan sedikit gula dan garam.
Cara Letak Dalam Bowl:
1. Mula-mula, letak kentang putar. Kemudian, letak sos keju dan mayonis dan ulang kembali dengan letak kentang potato untuk dibuat secara berlapis.
2. Akhir sekali, baru letak jagung, ayam goreng dan curahkan lagi sos keju dengan mayonis.
Selamat mencuba.