Pelakon senior dedah terpaksa tinggal dalam hutan selama 3 tahun

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Pelakon Indonesia bernama Sunandar berkongsi kisah sedih melalui hidup dalam keadaan serba kekurangan dan terpaksa tinggal di dalam hutan.

Atas faktor kewangan, Sunandar memilih untuk meninggalkan kehidupan di kota dan membina rumah sendiri di kawasan terpencil terletak di Lembang, Bandung Barat, Indonesia.

Sunandar kongsi kisah mistik tinggal dalam hutan.

Pelakon senior dedah terpaksa tinggal dalam hutan selama 3 tahun

Pelakon senior dedah 3 tahun berkawan dengan puntianak, terpaksa tinggal dalam hutan akibat masalah kewangan

Di sebalik kisah duka hidup miskin, pelak0n filem Petualangan Sherina ini turut menceritakan kejadian mistik yang berlaku sepanjang tiga tahun dia tinggal di tempat berkenaan.

Sunandar membina rumah kecil di dalam hutan.

Menurut Sunandar dia tidak merasa bersendirian di sana kerana ada wanita yang menemaninya.

Mereka bertemu di sebuah kawasan di hutan berkenaan, dan wanita itu juga pernah mengajak Sunandar untuk tinggal bersama.

“Saya sering berjaga malam dan pada suatu hari saya bertemu di hujung hutan ketika sedang menikmati udara segar.

“Dia pegang tangan saya dan saya betul-betul merasainya. Dia juga pernah mengajak saya untuk tinggal di kampungnya yang terletak tidak jauh dari situ.

“Namun sehingga kini saya tidak pernah tahu nama wanita itu,” katanya dalam satu temu bual.

Menerusi perkongsian itu, ramai yang mula beranggap wanita tersebut ialah puntianak yang biasa tinggal di dalam hutan begitu.

BACA : “Masa hari pengebumian anak aku, ramai kawan, jiran dan anak tahfiz datang bantu aku tapi makcik aku macam tetamu vip kenduri pula!”