Disangka cincin palsu, wanita nyaris terbuang cincin berlian bernilai RM11.2 juta

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Dalam sebuah jualan car-boot beberapa tahun yang lalu, seorang wanita membeli sebuah cincin dengan harga murah

Dan tidak pernah menyangka bahawa ia sebenarnya menyimpan sebuah harta yang berharga kerana menganggap cincin itu hanya berlian tiruan.

Namun, ketika sedang membersihkan rumah, wanita itu hampir sahaja membuang cincin tersebut bersama-sama dengan beberapa barang perhiasan lain.

Disangka cincin palsu, wanita nyaris terbuang cincin berlian bernilai RM11.2 juta

Untungnya, seorang jiran mengesyorkan agar dia membawa cincin tersebut untuk dinilai, dan wanita berusia 70-an itu terkejut apabila mengetahui bahawa cincin itu sebenarnya merupakan sebuah berlian seberat 32 karat yang bernilai £2 juta atau kira-kira RM11.2 juta.

Menurut Mark Lane dari firma lelongan Featonby’s di Utara Tyneside, wanita tersebut membawa cincin tersebut bersama satu beg berisi barang kemas, tetapi pergi sebelum cincin itu dinilai kerana ada janji temu lain.

“Saya terlihat batu itu yang agak besar, lebih besar daripada syiling. Pada mulanya saya fikir itu adalah berlian sintetik (cubic zirconia). Saya biarkan selama 2-3 hari sebelum saya menguji dengan mesin penguji berlian,” kata Mark.

“Kami kemudian menghantar cincin itu kepada rakan kongsi kami di London sebelum ia disahkan oleh pakar di Antwerp, Belgium bahawa ia adalah 34 karat”.

Wanita tersebut, yang kerap membeli barang-barang di jualan car-boot, mengakui bahawa dia sama sekali tidak terfikir bahawa cincin itu mungkin berlian asli.

Berlian tersebut kini disimpan di Hatton Garden di London dan akan dilelong pada hujung bulan November ini.

BACA: “Kalau aku basuh baju suami, dia basuh balik, kalau aku lipat baju pun sama, dia akan lipat balik, 16 tahun dah aku hadap macam ni”