Sekarang dah jadi bahan gurauan pula ungkapan pinjam seratus dulu. Tapi dah banyak kes kerana pinjam dan berhutang, kawan pun boleh jadi lawan.
Ada baiknya anda mula menilai kembali sejauh mana simpanan terutama sewaktu kecemasan nanti.
Pakar kewangan, Faiz menerusi saluran Youtube beliau ada berkongsikan 10 langkah mudah untuk menjaga duit:
1. Mesti ada duit kecemasan untuk 12 bulan
Zaman sekarang ini anda tidak boleh begitu yakin bahawa syarikat anda akan kekal. Bila-bila masa saja anda boleh kena buang.
Kalau gaji you anda RM5,000, pastikan anda ada RM60,000 dalam liquid investment, yang anda boleh keluarkan bila-bila masa nanti.
Mengapa 12 bulan? Sebab ada masalah-masalah yang anda tidak boleh kawal seperti pandemik. Kalau anda ada enam bulan saja duit kecemasan, susahlah nak survive terpaksa jual benda-benda yang anda tak patut jual untuk meneruskan hidup.
2. Liquidity vs profitability
Pertimbangkan mudah tak untuk cairkan aset. Contohnya, emas dan rumah. Senang ke nak jual rumah? Tak senang. Unit trust pula ambil masa juga untuk dijual hingga anda dapat duit. Saham pun sama.
3. Masa itu emas
Jangan buang masa hanya untuk mengejar diskaun yang kecil. Jangan pedulikan diskaun RM10 atau RM15.
Yang anda patut fokus adalah pelaburan. Di mana anda nak letak duit RM10,000 anda supaya boleh cepat jadi dua kali ganda. Yang itulah anda kena study betul-betul.
Fokus tenaga dan masa anda untuk dapatkan ilmu dalam investment vehicle yang anda akan buat.
4. Elak beli murah, beli dua kali
Kalau beli barang lebih berkualiti walaupun lebih mahal berbanding murah dan tidak berkualiti. Selesa, mahal sedikit tidak mengapa.
5. Belajar ilmu kewangan
Jangan lokek belajar ilmu kewangan dari segi wang, masa dan tenaga sebelum memberi komitmen untuk sesuatu. Contohnya, semasa membeli rumah.
6. Mampu bayar penuh
Bayar tunai. Jika tiada duit sebanyak itu, maka anda tidak layak untuk membelinya. Contohnya, kereta. Jika kereta sedia ada masih boleh gerak dan tidak mendatangkan keburukan maka tidak perlu keluar duit untuk beli kereta. Lagi, contohnya Iphone. Jika tiada RM5,000 dalam tangan maka tidak usah beli.
7. Jangan terikut-ikut
Kedudukan kewangan setiap orang berbeza. Jika ada orang sudah naik taraf gaya hidup, anda pula terikut-ikut, yang sakit nanti adalah anda juga.
8. Simpan sifat skeptikal
Kena faham syarikat fokusnya mengejar keuntungan. Jika nampak iklan-iklan dijanjikan dengan pulangan besar, fikir terlebih dahulu.
9. Jangan terlalu kedekut, kongsi rezeki
Duit yang kita ada bukan milik kita seratus peratus. Lebih baik berbelanja di kawasan kejiranan anda, contohnya kedai gunting rambut dan kedai runcit. Sokong bisnes tempatan. Sentiasa beri peluang kepada orang lain supaya orang lain akan memberi peluang kepada kita nanti.
10. Kahwin dengan orang yang sesuai
Ada orang tidak kisah makan di gerai asalkan bersih. Tapi kalau pasangan jenis memilih tempat makan. Begitu juga jika pasangan jenis suka kenderaan lebih mewah.
Baca:‘Amboi mak, dengan cucu pun berkira’, lelaki sindir mak mertua minta upah jaga cucu