Sesetengah daripada kita mungkin memandang rendah terhadap produk – produk yang telah dibekukan di pasar raya terutamanya ikan ‘frozen’.
Itu kerana masyarakat percaya produk tersebut tidak sesegar bahan mentah yang lain dan dikuatkan lagi dengan harga yang jauh lebih murah dengan yang segar.
Haa, jangan tak tahu, kalau diambil kira, ikan ‘frozen’ sebenarnya lebih tinggi tahap kesegarannya berbanding ikan segar.
Nak tahu apa perbezaannya, jom ikuti perkongsian ini:-
1. Proses ‘dibeku kilas’
Pembeli sememangnya cenderung untuk membeli ikan segar berbanding ikan yang telah dibekukan kerana ia dipercayai lebih berkhasiat.
Selalunya, ikan yang diternak untuk dibekukan dalam masa beberapa jam selepas keluar dari air yang membolehkan ia mengekalkan seberapa banyak nutrien sama seperti ikan segar. Ia bermakna ikan akan dibekukan dengan cepat tatkala di puncak kesegarannya.
2. Tempoh kesegaran
Ikan segar mempunyai jangka masa yang pendek untuk disimpan tanpa rosak berbanding ikan ‘frozen’.
Tidak dinafikan, Masyarakat akan memilih ikan segar tetapi tidak memasaknya pada hari sama dan ia akan menyebabkan tahap kesegaran ikan itu akan menjadi berkurangan.
Itu kerana tempoh mati ikan segar sebelum dibekukan di peti sejuk jauh lebih panjang berbanding tempoh mati ikan yang dibeku kilas.
3. Kandungan nutrien
Walaupun mungkin sesetengah nutrien hilang semasa proses nyahbeku tetapi jumlahnya sangatlah sedikit.
Malah, ikan yang dikilas beku dapat mengekalkan segala nutrien, kelembapan dan rasanya yang hebat. Pembekuan juga tidak menjejaskan kandungan nutrien dalam ikan ‘frozen’ itu.
Baca:Akhirnya Bank Negara dedah sebab apa nilai duit Malaysia tiba-tiba RM6.24 untuk 1 Dollar