Khairul Aming belanja ibu barang kemas selepas raih jualan RM1.2 juta dalam masa 3 minit

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Selepas produk terbaharu Khairul Aming habis terjual dalam masa 3 minit 39 saat, kini influencer itu sekali lagi menjadi perbualan warganet apabila melibatkan ibunya dalam satu video di TikTok.

Khairul Aming hanya mengambil masa 3 minit 39 saat untuk menjual 80,000 bungkus Dendeng Nyet Berapi, mencapai nilai jualan RM1.19 juta.

Difahamkan, Khairul Aming memberikan hadiah berupa barangan kemas kepada ibunya.

Antara komen-komen yang dikongsikan oleh gadis-gadis setelah menonton video tersebut adalah, “Tak dapat beli Dendeng Nyet Berapi tak apa, janji dapat jadi menantu Ma.”

Banyak gadis cuba memberikan ‘pickup line’ terbaik untuk menarik perhatian dan mencuba nasib menjadi menantu kepada ibu influencer tersebut.

Warganet menyatakan salah satu faktor kejayaan Khairul Aming adalah kerana beliau menjaga ibunya dengan baik.

@kedaiemassriindah_ Hey, whats upp gaiss … tk dapat dendeng berapi pon tkpo lah , dapat tgok founder dendeng berapi mari walk in di kedai pon jjaddii 😍 thankyouu @Khairulaming beli emas buat ibu tersayang 💞😍 #kedaiemassriindah #emas916 #kotabharu #fyppppppppppppppppppppppp ♬ suara asli – 𝕬𝖉𝖍𝖔𝖓

Mereka juga berharap agar Khairul Aming terus diberikan kejayaan dan menjadi salah seorang pembayar zakat terbanyak di Malaysia.

Sebelum ini, pencipta konten terkenal itu mencapai jualan RM1 juta terpantas di TikTok Shop dengan hanya memerlukan 3 minit 39 saat untuk menghabiskan stok Dendeng Nyet Berapi sebanyak 80,000 bungkus.

Dalam pada itu, salah seorang kru yang terlibat dalam pemasaran produk tersebut turut mendedahkan kehebatan dan kegeniusan Khairul Aming sebagai storyteller untuk menjual produk-produk di bawah khairulamingbrand.

BACA: “Suami bekerja ikut mood dia, annual leave habis untuk bermalasan di rumah, sekarang kalau dia cuti memang unpaid tapi complain company tak bagi OT”