Terima kasih pada semua yang komen dan baca kisah aku. Kisah tu dah lama ya, zaman 80-an dan 90-an. Sebab tahun 2006 aku dah bercerai dengan bekas suami, selepas anak dah 4 orang. Aku tak kahwin pun sehingga ke hari ni.
Mungkin masih f0bia dan tr4uma kut. Aku jadi sangat jauh dan tak suka lelaki. Aku suka dan selesa hidup sendiri dengan anak – anak, bahagia sendiri.
Tambah lagi sekarang semua anak – anak sudah besar dan berkeluarga. Hanya tinggal yang bongsu masih belum berkahwin.
Antara yang komen tu, terpulang pada kalian nak beri pendapat atau pandangan macamana pun sebab semua tu dah berlalu.
Bagi aku ianya hanya sebuah catatan perjalanan hidup yang Allah takdirkan untuk aku dan aku dah redha seredha – redhanya.
Cuma jangan salahkan arw4h mak aku sebab keluarga kami miskin sangat – sangat, jadi bila ayah meninggaI, mak macam buntu. Mungkin dia rasa dunia dah gelap, aku pulak pelajar pandai dan bersekolah di asrama penuh, mak fikir tak nak aku sambung belajar.
Aku rasa pemikiran macam ni biasalah pada zaman dulu. Mak aku lahir tahun 40-an. Tak nafikan, dulu aku pun marah pada mak tapi bila m4kin matang aku terima ia sebagai takdir. Al Fatihah pada arw4h mak.
Aku tak bekerja kerana selepas berkahwin sekali je uzur terus mengandung dan dapat anak. Umur anak pertama baru 11 bulan, aku mengandung lagi dan melahirkan anak kedua. Dugaan ALLAH dan memang sebab suami aku jahat dari semua sudut anak no dua aku 0KU.
Sebenarnya terlalu banyak kalau aku nak bercerita dari semua sudut, risau nanti jadi berterabur sebab aku pun bukanlah pandai mengarang. Dengan anak yang rapat macam tu dan anak no dua sentiasa keluar masuk hospitaI dengan aku yang blur dan b0doh, maka aku hadap dan lalui semuanya dengan biasa – biasa.
Takde la sedih atau rasa kecewa sebab dari awal kahwin aku tak pernah rasa disayang dan aku pun tak tuntut, fikir macamana disayang, dibelai tuh. Aku tak letak harapan yang tinggi nak orang layan aku ni macam mana selayaknya.
Aku pun tak tau masa tu aku ada perasaan atau macamana, yang aku tau, bila dah isteri kena taat, jaga rumah, jaga anak, jaga makan pakai suami. Yang aku fikir, kalau aku m4ti masa tu dan Allah tak nilai bab solat tapi nilai bab ‘taat dan bakti ‘ pada suami, mesti aku terus masuk syurga tanpa ada secuit pun gagal membahagiakan suami.
Aku confirm sangat, kalau m4ti aku akan masuk syurga sebab seluar dalam suami pun aku gosok weh. Berbalik bab tidak boleh beli makanan kat luar tu bersebab sebenarnya. Masa baru – baru kahwin, suami bawa aku ke Pekan kecil dekat kampung kami untuk beli hadiah pada adik ipar yang akan berkahwin.
Ketika itu tengahari, jadi dia bawa aku makan mi rebus yang agak popular waktu itu di pekan kami. Aku tak pernah keluar ke mana – mana selepas kahwin selain pergi rumah saud4ra mara dia, kalau saud4ra mara aku, dia tak nak pergi. Rumah kakak aku sendiri pun dia tak nak pergi!
Bila balik ke rumah mertua, mereka semua baru je siap makan tengahari, mertua menyuruh aku dan suami makan (sinis sebab waktu memasak aku tidak ada) tapi suami jawab kami dah makan di luar. Selepas itu aku mendengar mertua memanggil suami ke dalam bilik dan mertua menasihati suami agar jangan ajar isteri makan di luar, suruh masak sendiri.
Sejak itulah suami akan tengking dan marah bila aku beritahu teringin makan yang dibeli. Dan sejak itulah aku kena masak sendiri apapun yang dia nak makan.. Untuk pengetahuan pembaca, status mertua aku ni, dia adalah isteri pertama dan dimadukan.
Jadi dia sangat mengajar anak – anak lelakinya agar menjadikan isteri – isteri mereka lebih azab dari dia. Aku dik4tegorikan sebagai menantu yang lebih baik berbanding menantu perempuan pertama yang sangat teruk diperlakukan oleh mertua dan ipar perempuan.
Kalau lah bekas kakak ipar aku tu pun bercerita pengalaman dia menjadi menantu arw4h mertua perempuan aku, pembaca mungkin akan lebih faham suami aku dari keluarga yang macamana. Sangat berbeza dengn sikap arw4h bapa mertua dan isteri keduanya, mereka sangat – sangat baik. Al fatihah juga untuk mereka.
Maaf kalau ada yang tak suka cerita aku sebab banyak juga melibatkan mereka yang dah arw4h. Aku meluah sekadar untuk tenangkan hati sendiri dan berdoa agar ada satu ‘benda’ yang sangat sukar untuk aku maaf dan redha itu akan menjadi milik aku satu hari nanti. Aku harap dapat lepaskan rasa tu walaupun amat perit.
Usia aku sekarang dah 50-an, setiap kali sebelum tidur memang akan asuh diri untuk maafkan setiap orang dan allhamdulillah, aku mampu untuk kosongkan hati dari apapun, tapi tersekat satu benda tentang bekas suami.
Seperti ada satu jarum yang sangat halus mencucuk hati setiap kali aku ajar diri untuk redhalah, maafkanlah, biarkanlah. Aku berdoa moga hasil dari luahan ini, membaca komen – komen, hati aku akan jadi kosong sekosong – kosong dari ‘s4kit’ itu lagi.. Mudah mudahan Allah permudahkan, aamin.
Terlalu banyak kalau aku nak bercerita semua selama 20 tahun bersamanya, cerita tentang sebesar kain pelik4t akhirnya menjadi se’depa’ sahaja kerana dia menuntut kain itu dijahit seperti yang dibeli di kedai. Zaman aku tu kain batik atau pelik4t jarang dah siap berjahit seperti sekarang.
Kisahnya waktu itu dia baru membeli mesin jahit singer, jadi dia suruh aku menjahit kain pelik4t. Mestilah jahitan aku tu kasar dan sangat tak cantik. Macam aku bagitahu sebelum ni, aku kahwin muda, tak pandai menjahit, memasak dan buat kerja kerja rumah.
Setiap kali AKU tunjukkan hasil jahitan aku, maka dia akan ambik gunting, gunting di hujung jahitan, koyak dan baling pada aku sambil cakap, ‘b0doh menatang ni, mu tak tengok ko orang lain jahit lagumano? Jahit lagi!!”
Kisah itu berulang – ulang sehinggalah kain pelik4t tu tinggal se’depa’, aku menyesal sebab tak simpan kain tu sebagai kenang – kenangan.. Plot cerita aku jadi berterabur dah, maaf ya. Nanti aku sambung lagi kalau ada yang berminat nak tau kisah aku seterusnya.
Kisah aku panjang, banyak yang aku lalui selepas bab b0doh aku tu pergi, aku menjadi aku semula, yang agak bijak dan aku adalah rupa jugak sebab mak aku keturunan Siam dan ayah keturunan India Muslim. (Thailand)
Suami aku waktu tu bukan kedekut sebab stok makanan kami banyak dan makanan jugak mewah. Cuma bagi aku roti canai tu susah untuk dibuat, Yelah kan, bukan senang macam nak buat jemput – jemput. Zaman tu bukan ada U tube, kalau ada pun buku resepi je.
T pun aku tak boleh beli atau baca buku sebab suami aku akan koyak, sindir aku kalau aku nak membaca. Aku pernah beli akhbar tabloid Bacaria tapi suami koyak sambil cakap, ‘Nak baca konon…huh!’ sambil koyak, renyuk dan baling!.
Nanti aku sambung lagi tentang perjalanan hidup aku serta anak – anak dan apa yang bekas suami aku sedang lalui sekarang. Insha Allah…