Assalamualaikum, saya Ibu kepada 2 orang anak ingin dapatkan pandangan kepada yang arif dlm group ini tentang masalah rumahtangga saya.
Sekarang saya seorang surirumah sepenuh masa sejak 6bulan lalu atas permintaan suami utk focus pada anak2 sy yang berusia 3&1 tahun.
Baru2 ini suami saya ada memberi tahu bahawa dia ada memajak emas kepuyaan saya sebayak 11k tanpa pengatahuan saya 6bulan lalu
Dan dia tak mampu nak tebus kembali, saya berasa amat kesal sekali kerana dia tidak pernah berbincang atau meyatakan sebab dia berbuat demikian.
Yang meyedihkan saya ialah dia seolah-olah tidak merasa bersalah kerana emas Itu hadiah pemberian dia dan tk perlu berbincang dgn sy terlebih dahulu dan cakap dia akan belikan yang lain pada masa akan datang.
Sepanjang saya tidak bekerja duit belanja dia bagi pada saya hanya rm50 Itu pun kadang2 dpt kdg2 tak, makan pun bercatu banyak masak di rumah berbanding makan diluar, Bil api air tertunggak 3bulan, kereta tertunggak 3bulan (rm800 monthly),
rumah (rm1800 monthly termasuk insurance), keperluan rumah dan anak2 anggaran rm800 sebulan. Tidak bermewah atau berbelanja sakan utk enjoy semua berkira2 takut tak cukup.
Suami cakap gaji dia tk cukup untuk menanggung ( suami kerja sg) sedangakan sebelum saya resign dia cakap dia mampu untuk menyara keluarga.
Bila saya bercakap tentang kerja dia tidak izinkan saya bekerja dah dia ugut kalau saya berkerja dia akan ceraikan saya.
Suami saya berkerja ikut mood dia, cuti yang company beri akan habis digunakan utk bermalasan di rumah, skrg kalau dia cuti mmg unpaid, selalu complain company tk bagi OT.
Dia sangat tak rajin membantu saya uruskan rumah atau anak2 tahu complain saja mcm bagi gaji 3k sebulan utk saya.
Entah kenapa saya rasa suami saya gila kuasa dia cop saya isteri tak reti bersyukur.
Persoalan perlu ke saya bertahan dlm perkahwinan ini atau keluar dari perkahwinan toxic ini mental saya perlahan lahan banyak perkara yang suami tak transparent dgn saya tentang kewangan.
Sebelum ni kami sering juga bergaduh tentang isu2 lain, dia juga selalu naik tangan kepada saya.
Sekian soalan dan luahan dari saya yang buntu banyak memendam rasa. Maaf kalau ayat saya berterabur