‘Barang kawe, pitih demo’, seluar jeans bundle terjual dengan harga RM410,000!

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Satu seluar jeans yang ditemui di lombong terbiar telah berjaya dijual dengan harga sebanyak RM410,000 dalam satu acara lelongan di Durango Vintage Festivus, iaitu sambutan denim selama empat hari di pinggir Aztec.

Seluar jeans jenama Levi yang dipercayai berasal dari tahun 1880-an itu ditemui di sebuah lombong terbiar di barat Amerika oleh ahli arkeologi denim Michael Harris.

Jeans Levi itu dibeli oleh Kyle Hautner dan Zip Stevenson. Kyle Hautner telah membayar 90 peratus daripada harga tersebut manakala baki 10 peratus lagi dibayar oleh Zip Stevenson.

Menurut Zip Stevenson, penemuan seluar Jeans Levi yang mempunyai butang buckleback itu merupakan penemuan yang amat jarang berlaku dan menakjubkan, lebih-lebih lagi jeans berkenaan sememangnya sangat sukar ditemui dan masih berkeadaan elok.

Barey kawe, duit demo', tokey bundle jackpot jeans Levi's bernilai RM410,000 !

Stevenson yang memiliki kedai pembaikan Denim Doctors di Los Angeles berkata seluar Jean yang dilelong itu masih boleh dipakai dengan melakukan sedikit pembaikan.

Tambahnya lagi, Harris telah memeriksa lebih kurang 50 lombong terbiar selama 5 tahun dan tidak menemui sesuatu yang mempunyai kualiti yang sama.

Difahamkan terdapat beberapa jeans Levi yang berasal dari tahun yang sama yang masih wujud tetapi hampir kesemuanya sudah dipamerkan di muzium dan dianggap tidak boleh dipakai lagi.

Pemilik jeans Levi ini telah menyimpan seluar jeans itu di dalam peti deposit keselamatan berhampiran Denim Doctors dan sesiapa yang mahu melihatnya perlu melakukan janji temu.

Pemilik jeans ini juga bercadang untuk menjual seluar jeans itu kepada muzium pada masa akan datang untuk dipamerkan kepada orang awam.

BACA: “Bila aku tuntut hak aku, macam-macam alasan dia bagi, padahal kerja kat rumah semua aku siapkan walaupun aku kerja”