Hanya kerana ibu mentua meminta sedikit wang sebagai upah untuk menjaga cucu ketika dia bekerja, seorang lelaki bertindak ‘memerli’ ibu mentuanya itu dengan menyifatkannya sebagai seorang yang berkira.
Tindakan lelaki ini, yang berkongsi ‘perbualannya’ dengan ibu mentua berkenaan, menerima kecaman hebat daripada orang ramai.
Dalam hantaran yang dikongsi itu, si ibu mentua kepada lelaki itu telah meminta upah menjaga anaknya sebanyak RM100 setiap bulan untuk digunakan sebagai wang saku.
“Salam Munir, mak nak tanya segan. Mak jaga Hafis ni, mak ingat nak duit belanja mak kira macam upah mak boleh? Munir bagi RM100 je tak apa kalau tak ada duit.”
Menantu lelaki itu kemudian membalas dengan nada sinis.
“Lelaki itu kemudian membalas dengan nada sinis sebelum berjanji untuk memberi wang yang diminta apabila dapat gaji kelak.”
Tidak cukup dengan itu, lelaki itu juga turut menyifatkan ibu mentuanya sebagai seorang yang berkira kerana meminta upah untuk menjaga cucunya sendiri.
Tindakan lelaki ini yang berkongsi ‘perbualannya’ dengan ibu mentua berkenaan hal berkenaan bagaimanapun menerima kecaman hebat daripada orang ramai.
“Tak malu ke? Sepatutnya bro yang awal-awal hulur dulu duit dekat mak mertua. Mak mentua minta RM100 je. RM100 apa lah sangat dibandingkan dengan tenaga mak tu nak jaga anak kamu. Lagi-lagi kalau mak tu dah berumur. Ingat tak letih ke jaga budak-budak?”
Rata-rata netizen tampil menasihatkan lelaki tersebut yang menurut mereka sepatutnya malu kerana mengambil kesempatan atas kebaikan ibu mentuanya, lebih-lebih lagi tugas menjaga budak-budak sememangnya bukan sesuatu yang mudah.
BACA: Berang suami terima poskad dari kekasih lama, nenek usia 71 tahun nekad tekup muka suami