“Bila aku tuntut hak aku, macam-macam alasan dia bagi, padahal kerja kat rumah semua aku siapkan walaupun aku kerja”

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Asslmualaikum. Macam mane eh nak mule? Isteri aku ni aku tk paham la. Die jenis suke belanje keluarge die. Kalau pakai duit die ok la aku tk kesah.

Masalahnye setiap kali balik kampung die atau die ajak family die makan luar ramai2.

Mula2 aku tk kesah pun sbb belanje org ni rezeki kita akan dimurahkan. Tapi lama2 dah byk kali aku terkena, aku jadi tk ikhlas.

"Bila aku tuntut hak aku, macam-macam alasan dia bagi, padahal kerja kat rumah semua aku siapkan walaupun aku kerja"

Sbb family die ade 19 org semuanya termasuk anak buah. Bayangkan la kalau aku balik kg, breakfast kedai luar aku kene bayar. Dekat 150 purata.

Makan tgh hari, diorg takde nak menyumbang ke ape. Diorg taw order nak gulai ayam kampung bagai. Ayam kampung kene 3 ekor kalau beli. Bahan2 lg. Aym kg kt kuala pilah ni hari tu aku beli sekor dah 50.

Baru2 ni paling aku sakit hati, bini aku plan ramai2 makan tgh hari kt le meridien. Kt hotel. Aku dah ckp collect sorg skit. Atleast stgh. Balance aku belanje. Satu kepale 168 skrg ni. Atleast collect 70 sorg pun ok la. Balance aku belanje. Bini aku ckp ok.

Sampai hari kejadian yakni smlm, seko pun tk menyumbang. 168 x 20 org termasuk aku dan isteri dah berapa. Burn duit aku 3360 smlm kt situ. Alasan isteri adik beradik blm gaji lagi.

Memasing gaji 7hb. Aku ni keje gomen gaji awl bayarkan la. Nnti rezeki berganda la katanya. Masalahnya aku tkde rancang apa2 makan luar kt hotel tu, isteri aku yg beria ajak. Last2 aku kene game.

Sblm ni pun sama. Makan malam di seafood dkt melaka. Aku mmg tk dapat turun sekali sbb aku ade operasi luar.

Tp isteri aku call aku mcm org gila byk kali, semata mintak aku transfer 680. Aku bukak whatsapp tgk die hntr bil makan, total 680.

Mintak aku belanje. Tak ke bangang perangai.
Aku dah bincang dengan dia banyak kali benda ni, tapi tk pernah dia ambik peduli.

Aku tk kesah nak belanja, tapi jangan tempat mahal2. Kalau setakat dgn isteri dan anak aku, aku mmg tak pernah berkira.. Diorg makan la ape dieorg nak sbb dah memang tanggungjawab aku.

Kalau tk belanja keluarga dia, aku mmg tk kasi isteri aku masak sbb tahu die penat kerja. Dia pun kerja juga. Jd mmg hari2 makan luar.

Bab paling aku tk redha, kerja rumah aku yg buat dari mengemop, basuh baju dan keringkan baju. Tp aku tk merungut sgt sbb tu mmg kerja aku sbg lelaki. Jd aku tahan la. Tp bab tanggungjawab die langsung tk buat.

Bila aku nak, dia bg alasan penat, tk larat dan minta buat pade hari lain. Bila hari sabtu ahad aku tggu dan aku tuntut, dia bagi alasan penat berjalan la ape la.

Sbb kalau aku tk kerja sabtu ahad, aku akan bawak anak isteri aku pergi keluar berjalan. Boring dduk di rumah katanya.

Tapi bila aku tuntut hak aku, dia bg macam2 alasan. Bil utiliti rumah, rumah, kereta aku dan kereta dia semua aku yang bayarkan.

Semua ckup aku kasi. Duit gaji dia langsung tk sentuh untuk hal rumah atau barang dapur. Semua mmg aku tanggung.

Tapi aku paling tak tahan bab dia suka belanja keluarga dia tmpt2 mahal. Kalau sekali dua dlm setahun aku tk kesah pun sbb dgn mak ayah aku pun aku buat mcm tu tapi bila turn aku nak belanja family aku, dan aku nak bawak pergi 10 gram putrajaya tu je, mula la dia ckp tk sedap la, tempat tk selesa la.

Bila aku berkeras, dia buat alasan period pain tk nak ikut. Aku malas nak gaduh aku bawak je la anak aku pergi dgn family aku.

Aku ni lelaki, kekadg aku teringin nak isteri aku gda aku ke apa tp langsung tk pernah. Sampai hari ni, dah 4 bulan aku tk bersama. Tk dapat. Ada je alasan dia. Tp bila dia suruh aku belanja keluarga dia, ape alasan aku pun die tk dengar. Siap cakap sempit rezeki aku la ape la.

Aku ni bukan sbb takut bini, tapi aku tk nak bergaduh depan anak aku. Sebab isteri aku ni jenis suka menjerit2 bila bergaduh mcm orang gla.

Entah la. Aku tk tahu nak tulis apa lg. Sekadar meluah sebb aku takda tempat langsung nak meluah perasaan. Bila aku tk dapat dan aku tgh turn on, aku terpaksa lepaskan sndri sbb isteri aku tk nak layan aku.

Sbb tu la anak aku sorang je. Nak kata isteri ada skndal, takda sbb aku byk kali cek handphone die, dan tkde langsung benda mencuriga kan.

Sekian

Komen netizen

Mazuin Yusof : rugi isteri bila dpt suami baik mcm ni..tp tak dilayan… rasanya semua suami dh buat .tinggal jalankan tanggungjawab SBG seorang isteri je..

sentiasa doakan dia bang supaya dia dapat berubah untuk jd isteri yg terbaik..moga Allah permudahkan segala urusan abg dan isteri🤲🏻

Mohd Amirul Asraff : Patutnya abang mention nama isteri dan ahli keluarganya semua bang. Itu yang mustahak bang. Lepas tu abang privacy kan komen ni khusus untuk wanita yang top fan dan tanya pendapat dye. Insha Allah bulan rejab bulan baik ni akan ade jalan yang terrbaik untuk abang. #kitajagakita #beraskitabeli. Terrbaik banggg.. 🙏🙏🙏🤲🤲🤲

Sueyanie Razali : Okey,,kami sebagai kaum hawa,,sgt menyokong utk tt kawen lain,,cari yg lebih baik..kalau isteri boikot dan mintak cerai..cerai kan saja..kesian tt nie…hheeemm

BACA: “Akibat cerita fitnah mak, adik-beradik hilang hormat kat aku, depan anak dan isteri aku dihina”