Berang suami terima poskad dari kekasih lama, nenek usia 71 tahun nekad tekup muka suami

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Seorang wanita telah ditangkap oleh polis selepas dituduh melibatkan diri dalam kejadian kecederaan terhadap pasangannya akibat pertengkaran yang berlaku di Pantai Miami Utara, Florida minggu lalu.

Mengikut laporan dari WTVJ, pegawai Jabatan Polis Miami Utara dipanggil ke rumah suspek pada Ahad sekitar pukul 4 petang di alamat blok 3500 Northwest atas aduan keganasan domestik.

Cerita yang diceritakan oleh lelaki yang menjadi mangsa kejadian, teman wanita berusia 60 tahun itu menghantar poskad kepadanya yang menyebabkan isterinya, Bertha Yalter, kecewa dan marah.

Menurut laporan penangkapan yang diperoleh oleh WPLG, Yalter yang berusia 71 tahun itu didakwa cuba menekup lelaki tersebut dengan bantal, lalu menggigit dan memukulnya.

Suspek telah ditangkap dan kini berdepan dengan beberapa tuduhan, termasuk cubaan membunuh dan melibatkan diri dalam kecederaan terhadap mangsa yang mengalami lebam dan luka serius.

Untuk catatan, pasangan tersebut telah berkahwin selama 50 tahun.

BACA: “Akibat cerita fitnah mak, adik-beradik hilang hormat kat aku, depan anak dan isteri aku dihina”