lama menyepi ini keadaan terkini Nas Ahmad

Oleh ABD RAZAK SALLEH

“Duit saya sudah habis. Apabila saya terpaksa berhenti kerja kerana tidak mampu, memang tiada pendapatan lagi.

Namun, Alhamdulillah, banyak yang memberikan sumbangan.”

Itulah ungkapan Nas Ahmad, bekas wartawan program hiburan Melodi yang kini berusia 62 tahun, dan tidak lagi mampu bekerja disebabkan masalah jantung yang dialaminya sejak tahun 2022, memberi kesan kepada aspek kewangan.

lama menyepi ini keadaan terkini Nas Ahmad

Nas, atau nama sebenarnya Md Nasir Ahmad, bagaimanapun bersyukur kerana masih mempunyai isteri dan anak-anak yang menjaga perbelanjaan harian termasuk kos perubatan di hospital setiap bulan.

Nas Ahmad luah duit kosong sebab faktor kesihatan

“Saya kini tidak mempunyai punca pendapatan dan hanya bergantung kepada bantuan anak-isteri dan orang lain. Kalau diikutkan, saya tidak mahu berehat kerana saya suka bekerja.

“Namun, sekarang terpaksa berhenti kerana saya cepat penat dan kadang-kadang perlu menggunakan kerusi roda,” katanya ketika ditemui semasa majlis pelancaran program Kembara Showcase Amal Madani Jiwa Malaysia di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam, baru-baru ini.

Nas turut berkongsi mengenai rawatan angiogram yang perlu dijalani untuk merawat masalah jantungnya di Hospital Serdang pada bulan Mac akan datang.

“Saya sepatutnya menjalani rawatan pada awal bulan ini, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana keputusan ujian darah menunjukkan darah saya terlalu cair.

“Doktor mendapati darah saya cair dan tidak mengikut piawaian sepatutnya, oleh itu pembedahan akan menyebabkan pendarahan yang banyak dan sukar untuk dihentikan.

“Untuk melakukan rawatan ini, darah perlu dipadatkan. Kini saya perlu mengambil ubat untuk memadatkan darah, dan mungkin baru pada bulan Mac saya dapat menjalani rawatan ini,” katanya.

Nas mengucapkan terima kasih kepada penganjur program Kembara Showcase Amal Madani Jiwa Malaysia, yang bertujuan mengumpul dana untuk membantu beliau dan individu lain yang memerlukan.

Katanya, program tersebut, yang dianjurkan oleh bekas penyampai radio, Datuk Syaiful Bahrim atau DJ Pool, sedikit sebanyak membantu meringankan bebanannya.

“Saya dimaklumkan oleh penganjur dan dijemput ke majlis ini. Penganjur juga bersedia menjemput saya di rumah. Saya hanya mampu menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua yang membantu saya,” katanya.

Baca Juga :Remaja 17 tahun jadi jutawan segera dengan hanya memenangi cabutan bertuah