Netizen terkesima baca soalan dalam buku latihan sekolah

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Menerusi posting itu, dia menyatakan rasa pelik dengan soalan tersebut yang dianggap agak ‘KBAT’

Dengan meminta pelajar untuk memilih penampilan seorang individu berdasarkan jenis makanan yang diambil mereka.

Menerusi soalan itu, pelajar ditanya mengenai penampilan individu bernama Liza jika dia hanya suka makan daging dan tidak suka makan sayur-sayuran.

Netizen terkesima baca soalan dalam buku latihan sekolah

Agak-agak logik tak jawapan bagi Liza ini mempunyai berat badan yang tinggi disebabkan dia tidak suka makan sayur dan suka makan daging?

Soalan berkenaan jelas-jelas mendapat kritikan netizen yang merasakan ia tidak sesuai dijadikan soalan dalam buku latihan murid sekolah kerana ia menjurus ke arah ‘body shaming’.

Malah ada juga yang mengatakan tidak semestinya jika seseorang itu tidak makan sayur langsung, berat badannya tinggi.

Pening

Tak cukup dengan itu, ada juga di kalangan netizen meminta ibu bapa untuk memantau buku-buku latihan yang dibeli mereka di luar sekolah kerana ada di kalangannya tidak mematuhi standard.

BACA: “Akhirnya, semua rahsia suami terbongkar, saya sendiri terjumpa pregnancy test yang dah pakai dalam beg baju suami”