Assalamualaikum dan salam sejahtera min. Ada cerita yang ingin saya kongsi bersama. Semoga ianya bermanfaat.
Ceritanya agak panjang sikit. Salah seorang teman baik saya telah dijemput Ilahi kerana k4nser rahim tahap empat.
Alhamdulillah arw4h mend3rita tidak lama. Tiga bulan terlantar s4kit sebelum subuh arw4h menghembuskan nafasnya yang terakhir
Dan meninggaIkan seorang putera yang masih kecil bersama 2 orang puteri yang masih bersekolah dengan si suami.
Sebulan selepas pemergiannya, si suami telah datang ke rumah saya bersama sekotak pakaian arw4h. Sebelum arw4h pergi dia sempat berpesan kepada si suami supaya sedekahkan segala pakaian miliknya yang masih elok kepada sesiapa yang memerIukan.
Si suami tidak tahu ke mana arah untuk disalurkan pakaian milik si isteri mungkin masih baru dan tidak dapat berfikir dengan jelas maka diamanahkan kepada saya. Sewaktu saya membuka kotak itu untuk memilih pakaian yang sesuai untuk disedekahkan seperti yang di amanahkan, tiba – tiba si suami bersuara.
“Itu jer yang arw4h ada…” Saya merenung si suami kerana cuba untuk fahami apa maksud kata – kata si suami tu tadi. “Semalam saya membuka almari arw4h dan hanya ini sahaja yang arw4h ada. 15 tahun saya bersama arw4h, langsung saya tidak pernah ambil tahu setiap kehendak arw4h isteri. Saya abaikan arw4h sehinggakan arw4h s4kit pun saya tidak tahu.”
Ada kekesalan di situ. Namun saya masih tidak dapat mentafsir apa yang tersirat di sebalik keluhan si suami. Suami saya meletakkan handfon di meja mula berminat dengan cerita suami arw4h kawan saya ini. “Setiap kali arw4h mengeluh s4kit, kurang sihat, tidak bermaya dan mengajak saya pergi ke hospitaI saya hanya menganggap ianya pekara remeh.
Saya mengejek – ejek arw4h dengan mengatakan dia dah tua. Saya merendah – rendahkan arw4h yang dia kurang bersenam dan hanya tahu makan jer sedangkan saya aktif bersukan dan tak salah kiranya saya mengajak dia bersukan bersama sepertimana saya menggalakkan kawan – kawan saya bersukan.
Saya juga selalu bersangka buruk bila arw4h s4kit ianya semata – mata alasan untuk makan luar kerana malas masak. Lalu bangun jugak dia untuk masak dan mengemas kerana tidak sanggup dengar saya membebel dan kadang – kala sampai naik tangan saya ke kepala dia.
K3jamnya saya. Saya berniaga sendiri punyai banyak masa terluang namun saya terlalu berkira untuk membawa arw4h ke hospitaI kerana saya takut akan membuang masa menunggu segala urusan pemeriksaan kesihatan.
K3jamnya saya pada arw4h. Saya fikir bila dia sudah jadi isteri saya, saya tidak perlu lagi untuk mengambil hati dia seperti masa bercinta dulu. Namun saya lupa dia hanyalah pinjaman sementara bila – bila masa sahaja akan di ambil semula olehNya.”
“Benda yang lepas jangan dikenang, nanti kau sengs4ra dia dah pergi, redha kan, kesian anak – anak kau.” Suami saya bersuara. “Bila saya pandang anak – anak m4kin bertambah kekesalan saya bang. Masa arw4h ada boleh saya kira berapa kali saya bawa dia dan anak anak berjalan – jalan.
Sedangkan saya pantang diajak kawan – kawan, ke langit biru saya boleh terbang. Bila saya buka handfon arw4h, boleh kira berapa sangat gambar yang di ambil bersama saya. Semuanya gambar dia dengan anak – anak.
Sedangkan gambar saya bersama kawan – kawan penuh dalam telefon saya. Gambar dia bersama saya langsung tiada. Bila pandang anak yang kecil yang masih menyusu tu bang, sayu jiwa saya. Siapa antara kawan – kawan saya yang telah saya banyak habiskan masa bersama boleh membuatkan anak saya tu susu pada malam malam hari.
Siapa yang boleh tolong uruskan anak – anak saya ke sekolah seperti arw4h uruskan. Siapa yang boleh temankan si kecil saya bermain sehingga jam 3 ke 4 pagi kalau dia tidak mahu tidur. Pagi ni anak saya yang pertama meminta RM 50 untuk membeli barang – barang kajian sekolah.
Wajib beli kerana jika tidak buat kajian tu, markah untuk peperiksaan mata pelajaran tu akan ditolak. Selama ini saya bising – bising duit belanja rumah sering tidak cukup, saya kata arw4h ni boros belanja macam air dan tidak tahu berjimat.
Baru saya tahu ke mana arah duit itu disalurkan. Hari ini genap sebulan arw4h pergi dan saya kira – kira hampir RM 500 ke RM 700 belanja sekolah anak – anak dan makan sahaja. Bila tiap kali arw4h minta beli pakaian baru atau barang make up.
Saya melarangnya kerana saya rasa macam membazir. Bila dia meminta lagi saya akan mula mengungkit pemberian belanja yang saya bagi. Baru lah saya tahu ianya tidak mengcukupi. Baiknya arw4h kerana dia patuh. Saya sering tegur arw4h kerana selekeh jer langsung tidak bergaya seperti isteri kawan – kawan saya tetapi saya lupa yang saya tidak pernah bertanya padanya tentang duit belanja yang saya bagi selama ini cukup atau tidak untuk membeli pakaian dan alat – alat solek. Saya gagal menjadi suami yang baik”
Saya diam tidak dapat berkata – kata lagi. Marah sedih dan sebagainya berlegar – legar dalam fikiran saya. Setahu saya arw4h ni masa zaman bujang – bujang dulu memang cantik, bergaya dan pandai menghiaskan diri. Patut lah semenjak dia berkahwin hilang semuanya dan bila saya mengusik dia hanya menjawab…
“Malas lah nak makeup – makeup ni, takda masa, dengan anak – anak lagi. Alaa yang penting suami sayang…” “Semalam saya buka almari arw4h, hanya ada beberapa helai sahaja pakaian yang baru itu pun seingat saya dibeli masa nak raya tahun lepas.
Lain – lain semua dah lusuh. Ada beberapa batang lipstik yang dah patah. Dahulu masa sebelum kahwin saya pernah terlihat di dalam beg kecil arw4h ada pelbagai jenis lipstik, pelbagai jenis bedak muka dan macam – macam lagi makeup yang arw4h ada.
Tetapi bila dah jadi isteri saya, semuanya habis tidak berganti. 15 tahun bersama sepatutnya bukan m4kin berkurang namun m4kin bertambah. Masa kali pertama arw4h menjejak kaki ke rumah saya, arw4h bawa 3 beg besar pakaian semuanya cantik – cantik.
Dan hari ini hanya sekotak sahaja yang arw4h ada. Sedangkan keperluan anak – anak dan saya mencukupi.” Si suami mula menangis. “Arw4h nak bekerja, saya marah. Saya tanya arw4h tidak cukup ke apa yang saya bagi dan saya kata saya mampu tanggung dia lagi.
Saya eg0, arw4h pula demi menjaga eg0 saya daripada tercaIar arw4h mengambil keputvsan untuk diam sahaja. Dia amanah saya sepatutnya dia dijaga, dibelai, dimanja tetapi saya abaikan kerana saya fikir sekarang bukan masa untuk semua itu.
Tiap kali arw4h mengeluh s4kit – s4kit badan saya suruh dia tidur, makan ubat. Saya suruh anak – anak yang picitkan tetapi saya lupa itu adalah kewajiban saya. Saya lupa dia hanya pinjaman sementara. Sekarang dia dah tiada.
Saya rindu dengan dia. Rindu sangat sangat. Andainya dipulangkan dia kembali saya nak habiskan masa saya bersama dia seperti masa saya bercinta dulu. Saya nak kotakan janji saya pada dia bahawa dia akan menjadi wanita paling bahagia bila menjadi isteri saya.
Saya tahu bukan harta dan kekayaan yang arw4h inginkan tetapi perhatian dan kasih sayang saya. Saya kesal kerana selama ini arw4h menjadi tempat saya melepaskan penat dan amarah saya. Saya kesal kerana selama ini menjadi suami yang terlalu berkira dengan isteri sedangkan isteri adalah punca rezeki suami.
Masa saya tahu arw4h s4kit, masa tu dah terlambat. Pagi tu dia mengadu perut dia s4kit sangat. Saya marahkan dia kerana tidak menjaga makan. Tetapi bila saya lihat dia tidak bermaya dan bila saya periksa nadi dia sem4kin menurun, saya terus bawa dia ke hospitaI.
Masa dalam kereta mulut saya tak henti – henti menyumpah dia, kata dia menyusahkan saya.. Nak daiet sampai tak makan, ambil supliment yang bukan – bukan sampai s4kit macam ni. Masa tu saya sangat marah pada arw4h sampai saya terlepas kata asyik s4kit jer tapi tak m4mpus – m4mpus jugak.
Bila nurse bagitahu dia kena tahan ward saya lagi berangin dan menunjaI – nunjaI kepala dia, saya terp4ksa batalkan aktiviti badminton saya pada petang itu kerana terp4ksa menjaga anak – anak di rumah. Tiga hari arw4h warded.
Jarang sekali saya menjenguk dia. Hanya waktu melawat tengahari sahaja bawa anak – anak datang melepas rindu. Baru saya tahu susahnya bangun malam buatkan susu, mandi dan tidur kan anak, sediakan anak anak ke sekolah.
Bila doktor mengesahkan isteri saya mengidap k4nser rahim tahap 4, semuanya dah terlambat kerana ianya telah merebak sepenuhnya.” Si suami berhenti seketika untuk menyapu air mata yang mula membasahi pipi. Secawan teh yang di hidangkan lansung tidak berusik.
Suami saya merenung t4jam ke arah muka suami arw4h kawan saya. Mungkin menanti apa lagi cerita yang bakal akan keluar dari mulut suami kawan saya. “Sewaktu dia s4kit, saya cuba menjadi suami yang baik. Ajak dia pergi jalan – jalan.
Tetapi dia menolak. Dia tidak mahu susah susahkan saya menolak kerusi roda. Saya ajak dia makan makanan kegemaran dia. Dia makan namun tidak mampu untuk menelan dengan riangnya. Saya ajak bergurau bermesra seperti dulu – dulu dia lesu tak bermaya..
Runtun hati saya melihat wanita yang saya sayang, saya cintai mend3rita. Tiap kali dia s4kit, saya ajak pergi hospitaI dia menolak, dia kata dia dah tahu dia s4kit apa, tak perlu buang masa dan duit lagi. Saya ajak dia pergi berubat kampung jika tidak mahu ke hospitaI.
Dia menolak kerana itu akan menangguh masa untuk dia meninggaI.. Allahu.. rupanya arw4h terasa dengan kata – kata saya. Saya melutut depan dia, mohon maaf, mohon ampun dan dia kata dah lama memaafkan kesilapan saya namun itu tidak mampu membasuh d0sa saya pada arw4h.
Saya mula memeIuk dia sewaktu tidur, saya tahu saya akan kehilangan dia dan waktu itu m4kin hampir. Sump4h demi tuhan saya sayangkan arw4h cuma saya lupa dia hanya pinjaman lalu saya abaikan dia. Saya tidak hargai kehadiran dia dalam hidup saya.
Sekarang satu – satunya wanita yang amat saya kasihi dah tiada. Dia dah tinggalkam saya bersama jutaan kenangan dan kisah suka duka kami sepanjang percintaan di bangku sekolah hingga ke jinjang pelamin…”
Saya merenung muka suami kawan saya itu, terpancar kekesalan di situ. Dia menceritakan pada saya bukan lah untuk membuka pekung di d4da, tetapi dia tahu saya rajin menulis dan ingin saya kongsi bersama kisah dia dan isteri ‘pinjaman’ sementaranya supaya menjadi satu tauladan kepada para suami di luar sana. Sesungguhnya apa yang kita ada bukan milik kita. Semuanya hanya pinjaman. Hargailah.
BACA: ‘Dendeng Nyet Berapi’, selepas 3 tahun jual Sambal, Khairul Aming perkenal produk baharu
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio