Majikan tersilap transfer gaji, sepatutnya RM2400 je tapi ter’bank-in’ RM790,000

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Apa yang akan anda lakukan jika tiba-tiba hampir RM790,000 dimasukkan ke dalam akaun bank anda?

Kisah serupa berlaku baru-baru ini di Chile, melibatkan seorang pekerja lelaki di syarikat pengeluar ubat terbesar negara itu, Consorcio Industrial de Alimentos (Cial).

Pendek cerita, lelaki tersebut sepatutnya menerima gaji bulanan sebanyak 500,000 peso (kira-kira RM2,389),

Majikan tersilap transfer gaji, sepatutnya RM2400 je tapi ter'bank-in' RM790,000

tetapi disebabkan kesilapan, dia menerima jumlah yang jauh lebih besar iaitu 165,398,851 peso Chile (kira-kira RM790,364) yang dimasukkan ke dalam akaunnya.

Setelah kesilapan itu dikesan dan pekerja tersebut dimaklumkan, dia berjanji untuk memulangkan jumlah yang diterimanya secara berlebihan itu.

Seorang pembantu pejabat di syarikat tersebut telah melaporkan kesilapan dalam pembayaran gaji bulanan pekerja kepada timbalan pengurus pada 30 Mei. Siasatan yang dijalankan menunjukkan bahawa terdapat pembayaran gaji yang melibatkan jumlah berjuta-juta peso yang perlu dijelaskan.

Walau bagaimanapun, selepas itu, pekerja lelaki tersebut telah meletakkan jawatan dan menghilangkan diri, walaupun awalnya dia sudah dimaklumkan dan berjanji untuk memulangkan wang yang diterimanya secara berlebihan.

Berikutan kejadian itu, syarikat terpaksa mengambil langkah undang-undang untuk memulihkan kerugian yang dialami. Bekas pekerja tersebut masih belum dapat dihubungi sehingga kini.

BACA: “Cari hanger dalam almari ibu, ternampak beg abah tepi almari, saya terjumpa fon kedua abah, saya cuba bersangka baik bila terbaca mesej abah”