Pulau di Labuan berjaya dijual dengan harga RM80 juta, ini komisen ejen buat ramai terkejut

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Pulau Daat, yang telah lama dilelong di Labuan, akhirnya telah dibeli dengan harga yang lebih rendah oleh seorang individu.

Pulau Daat terletak kira-kira enam batu nautika dari pelabuhan dan setengah jalan ke Menumbok.

Pembelian tersebut dilakukan oleh seorang pembeli asing dengan harga sekitar RM80 juta melalui proses lelongan.

Pulau di Labuan berjaya dijual dengan harga RM80 juta, ini komisen ejen buat ramai terkejut

Media Sabah, Daily Express, melaporkan bahawa pembelian ini berlaku selepas beberapa siri lelongan sebelumnya yang tidak berjaya.

Sumber yang dipercayai menyatakan bahawa urusan jual beli Pulau Daat dengan pembeli warganegara asing itu telah diselesaikan baru-baru ini. Sehingga kini, identiti pembeli masih belum diketahui.

Pulau ini pertama kali dijual melalui lelongan pada tahun 2021 dengan harga rizab ditetapkan sebanyak RM135 juta.

Harga yang berjaya dicapai oleh pembeli pada kali ini, iaitu sekitar RM80 juta, menunjukkan penurunan yang signifikan dari harga rizab.

Pada tahun 2022, pulau tersebut dilelong sekali lagi dengan harga RM121.5 juta atau RM4.80 satu kaki persegi oleh pemilik sebelumnya, Potensi Bernas Sdn Bhd, yang kemudian menamatkan perniagaan mereka.

Pulau Daat telah menjadi tumpuan perhatian pada tahun 2012 ketika Kementerian Wilayah Persekutuan menerusi agensinya, Perbadanan Labuan, bercadang untuk menjadikan pulau tersebut sebagai hab minyak dan gas untuk meningkatkan ekonomi Labuan.

Projek pembangunan tersebut merangkumi pelan pembangunan bersepadu termasuk kompleks penyimpanan gas, fabrikasi, pemprosesan minyak, perumahan, komersial, dan hotel yang dirancang di Pulau Daat.

Projek ini melibatkan kerjasama antara syarikat RG Gas dari Sabah dan syarikat China, Zhuhai Winbase International Chemical Tank Terminal Co Ltd.

BACA: Ini fakta unik dan tempat menarik yang wajib tahu apa ada dalam Menara Merdeka 118