Awas para lelaki, zakar bakal mengecil jika dijangkiti penyakit ini

Oleh ZAKARIA HAMZAH

“Masalah ini sering kali menyebabkan pengecilan saiz zakar. Walau bagaimanapun, terdapat banyak rawatan untuk mengatasi keadaan ini”

Seorang lelaki melaporkan bahawa beliau mengalami masalah pengecilan zakar selepas dijangkiti virus Covid-19, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Daily Star semalam.

Berdasarkan rancangan podcast bertajuk How to Do It, lelaki tersebut berkongsi bahawa dia terkejut

Awas para lelaki, zakar bakal mengecil jika dijangkiti penyakit ini

apabila mengetahui saiz zakarnya berubah sejurus selepas dibenarkan keluar dari hospital.

“Pada bulan Julai tahun lepas, saya dijangkiti virus Covid-19 dan keadaan saya agak serius. Sebaik sahaja dibenarkan keluar dari hospital, saya mengalami masalah mati pucuk.

Walaupun keadaan itu kembali pulih dengan bantuan ubat-ubatan, saya masih menghadapi satu lagi masalah yang kekal. Saiz zakar saya mengecil berbanding sebelum dijangkiti Covid-19. Kini, saiznya hilang sebanyak 3.8 sentimeter,” kata lelaki tersebut.

Dalam rancangan podcast yang sama, seorang pakar dijemput memberikan pandangan mengenai masalah ini. Pengarah Kesihatan Lelaki dan Kolej Urologi Albany, Charles Welliver, menyatakan bahawa keadaan ini boleh berlaku akibat kerosakan vaskular selepas dijangkiti virus Covid-19.

“Masalah ini sering kali menyebabkan pengecilan saiz zakar. Walau bagaimanapun, terdapat banyak rawatan untuk mengatasi keadaan ini,” katanya.

Sebelum ini, satu kajian yang dijalankan oleh Kolej Universiti London mendapati bahawa saiz zakar boleh menjadi lebih kecil akibat kerosakan pada saluran darah. Kajian tersebut mendedahkan kira-kira 200 individu yang dijangkiti virus Covid-19 mengalami simptom pengecilan zakar.

BACA: Sumbang makanan percuma kepada tentera israel, giliran Pizza Hut pula diboikot