“Aku banyak jalankan siasatan terhadap Hani, dia bukan perempuan yang baik, aku sedih suami tak percaya aku, aku takut suami tersalah pilih”

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Assalamualaikum. Aku Ann (Bukan nama sebenar). Aku baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 26.

Pada hari ulang tahun tersebut aku telah menghadiahkan suami aku keizinan untuk berkahwin dengan seorang perempuan yang dikatakannya cinta keduanya, selepas aku iaitu Hani.

Aku redha setelah melalui hari – hari panjang yang meny4kitkan.

"Aku banyak jalankan siasatan terhadap Hani, dia bukan perempuan yang baik, aku sedih suami tak percaya aku, aku takut suami tersalah pilih"

Suami aku telah berkenalan dengan seorang wanita yang memiliki anak yang tidak sah taraf. Sememangnya aku apabila tahu perkara tersebut, sebagai isteri – isteri yang lain memang tidak dapat menerima kehadiran orang ketiga di antara kami..

Aku meng4muk. Tapi suami aku dengan penuh sabar memujuk aku. Tidak dapat dinafikan suami aku adalah seorang suami yang sabar dan memang tidak pernah culas dalam menjalankan tanggungjawabnya.

Dia juga berterus terang tentang hubungannya dengan Hani kerana beliau inginkan pernikahan yang sah dan direstui oleh aku isterinya.

Beliau menyayangi aku dan anak – anak tanpa sempadan. Aku sememangnya tiada alasan untuk menghaIang keinginannya. Beliau juga berjanji akan menjalankan tanggungjawab seadil – adilnya jika telah beristeri dua. Mana mungkin isteri dapat menerima suami ingin berpoIigami dengan mudah.

Aku berIawan dengan perasaan aku sendiri. Aku cuba memujuk hati aku. Aku memberi kata dua kepada suami supaya meninggaIkan aku dan merelakan beliau berkahwin dengan Hani tapi beliau tidak bersetuju.

Beliau mengatakan aku adalah nyawanya. Jika aku tiada maka akan Iumpuhlah dia.

Beliau juga mengatakan bahawa di matanya aku sangat sempurna, tiada c4cat ceIa dan cintanya terhadap aku sentiasa ada. Jika aku membenarkan beliau kahwin kasih sayangnya terhadap aku akan bertambah dan meIimpah ruah kerana baginya aku telah terlalu banyak berk0rban.

Beliau tidak akan mengabaikan aku. Hmmmmm… Pujuk rayu seorang lelaki. Aku tahu suami aku ikhlas ingin memperisterikan Hani. Aku juga tahu memang naluri lelaki dan fitrah lelaki yang lemah pada keindahan susuk tubuh wanita.

Aku pula bukanlah seorang wanita yang tidak menjaga penampilan diri tetapi mungkin seorang lelaki merasa dirinya perkasa jika berjaya memiliki wanita muda yang separuh usia mereka. Berkahwin dengan wanita muda akan membuat jiwa mereka sentiasa muda dan bergelora.

Aku banyak menjalankan siasatan terhadap Hani. Hani bukanlah seorang perempuan yang setia pada seorang lelaki. Dia berhubung dengan ramai lelaki. Aku memaklumkan kepada suami tetapi suami memarahi aku dan mengatakan aku cemburu kepada Hani.

Aku sedih suami aku tidak mempercayai aku. Aku takut suami aku tersalah pilih dan nanti hidup kami semua akan sengs4ra. Aku juga mengetahui yang Hani suka berhutang dan ada juga dia berhutang dengan pinjaman berlesen.

Aku amat takut suami terjebak dalam masalah yang dibawa oleh Hani apabila telah berkahwin nanti. Sikap Hani yang amat meny4kitkan hatiku, dia sering meminta wang dari suami aku. Suami aku pun dengan murah hati akan memberi berapa sahaja yang diminta oleh Hani.

Bagi aku Hani bukanlah seorang wanita yang baik akhlaknya. Aku sering menyatakan perkara tersebut kepada suami tetapi dia sering menyatakan tak baik buruk sangka, jika kita tidak membantu selamanya dia akan berada di dalam dunianya. Ini tidak akan membantunya.

Adui.. orang di dalam alam percintaan tidak akan nampak sisi buruk pasangan cintanya. Aku sememangnya banyak menahan kesabaran. Tetapi kerap kali aku kalah dengan hati dan perasaan aku.

Memang apabila soal perasaan dan hati kita amat sukar menguruskannya.

Walaupun kita kata kita redha, hati ini bolak balik dan sangat terIuka. Semasa hati terIuka, airmata tidak berhenti mengalir dan airmata adalah peneman yang setia. Suami sering memujuk aku supaya meminang Hani. Aku sering menyatakan kepada suami janganlah minta aku melakukan perkara yang tidak boleh aku lakukan.

Tapi suami tidak pernah jemu untuk memujuk. Akhirnya aku bersetuju untuk pergi ke rumah Hani sekadar untuk menyatakan yang aku setuju suami berpoIigami. Aku bersetuju kerana takut menjadi isteri yang derh4ka.

Aku dan suami pergi ke rumah Hani. Ayah Hani bertanya kepada aku samada aku bersedia menerima dan redha. Aku berterus terang menyatakan mana ada isteri yang setuju apabila suami ingin berkahwin lain.

Tetapi jika telah ditakdirkan ada j0doh mereka aku akan menerima dan akan cuba melalui perjalanan hidup bermadu.

Tetapi jika suatu saat nanti aku tidak mampu untuk menahan hati aku akan mengundur diri. Mungkin itu adalah asbab berakhirnya j0doh. Kemudian ayah Hani bertanya kepada Hani samada setuju atau tidak berkahwin dengan suami aku.

Hani menyatakan dia tidak setuju. Dia tidak menerima suami aku. Aku amat bersyukur tetapi amat terkilan kerana rupa – rupanya dia cuma menjadikan suami aku tempat untuk dia mendapatkan wang dengan cara yang mudah.

Dia masih muda, sememangnya tidak sepadan jika dibandingkan dengan suami aku. Aku dapat merasakan bahawa ayahnya amat berharap supaya anaknya dapat bernikah dengan suami aku kerana status anaknya. Bukan mudah untuk orang menerima perempuan yang memiliki anak yang tidak sah taraf.

Aku tak tahu sebab apa dia menolak lamaran suami aku, sedangkan duit suamiku telah beribu – ribu dia ambil. Dia telah berkali – kali keluar makan dan berbual – bual dengan suami aku. Mungkinkah dia jatuh kasihan melihat aku ataupun doa aku dalam solat tahajjud, taubat dan hajat telah dimakbulkan Allah?

Syukur ya Allah, kau beri nikmat ini. Janganlah kau tarik nikmat yang telah kau berikan ini. Takdir itu milikMU ya Allah. Alhamdulillah. Doakan aku sahabat, supaya selepas ini suami dan Hani tidak berhubung lagi.

Doakan juga supaya suami dapat melupakan cinta keduanya itu dan tiada lagi cinta selepas ini antara suami aku dengan wanita lain selain aku.

Semoga ujian Allah ini akan lebih mendekatkan kami kepadaNya. Dan yang paling utama semoga rumahtangga kami aman bahagia hingga ke jannah. Aamiin.. – ANN (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Deedee Nas : Perempuan tu bukan nak suami puan. Perempuan tu cuma nak duit. Dia dah takda pilihan lain kecuali melayan saja suami puan yang suka melayan suka memberi tu.

Kalau dia ada pilihan lain contohnya lelaki muda yang jenis kuat memberi macam suami puan, dah tentu la dia pilih lelaki muda tu.

Per4ngai orang tua ni lain, dia tak nampak per4ngai licik perempuan muda ni, yang dia nampak fizikaI muda, per4ngai manja perempuan tu. Harap rumahtangga puan selamat.

Saifudin Nadia : Biasalah puan.. orang tengah hangat bercinta t4hi yang jijik pun dikatakan permata. Alhamdulillah mungkin doa puan dimakbulkan.

Betul kite pun kalau da terp4ksa dalam rela beri persetujuan dalam masa yang sama kite juga mahu pastikan elok atau tak perempuan yang ingin suami kite peristerikan. Kasih wanita kan. Kuat hati wanita ni.

Demi kasih serta taat semoga diberi kebahagiaan tok puan dunia akhir4t.

Ssab Oxr : Membaca cerita puan ANN terlalu meny4kitkan hati. Semoga Allah rahm4ti Puan sekeluarga. Semoga Allah memberikan yang terbaik untuk puan. Rase nak cepuk aje suami puan.. hihi..

BACA: Tak sangka rupanya ini sebenarnya yang jadi, ini kronologi kes kehilangan Bella buat ramai nak tahu