Gara-gara tak mahu bayar caj, pemandu sanggup hantar telefon bimbit penumpang kepada polis

Oleh FAHMI ABBAS

Pelbagai kerenah penumpang perlu dihadapi pemandu e-hailing, ada yang lari tanpa bayar tambang, malah sengaja pura-pura tertinggal beg duit lagi.

Kecuaian seorang pelanggan menyebabkan pemandu e-hailing di Guangdong,

China terpaksa berpatah balik bagi memulangkan telefon bimbit yang tertinggal.

Gara-gara tak mahu bayar caj, pemandu sanggup hantar telefon bimbit penumpang kepada polis

Menurut Asia One, Chen turut berkongsi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) mengenai kejadian tersebut ke dalam aplikasi Douyin.

Chen memaklumkan dia dihubungi penumpang wanita itu pada pukul 3 pagi, 5 Januari lalu untuk memaklumkan dia tertinggal telefon pintarnya dalam kereta Chen.

Sudah lewat malam, Chen kemudian memaklumkan dia mahu bayaran sebanyak 20 yuan (RM13) sebagai upah dan wanita itu bersetuju.

Bagaimanapun, setibanya dia di sana, penumpang tersebut enggan membuat bayaran malah mendakwa lelaki tersebut melanggar undang-undang.

Berang dengan perbuatan wanita itu, Chen sanggup memandu ke balai polis sejauh 18 kilometer dan menyerahkan telefon itu kepada polis.

Berang dengan kelakuan wanita itu, Chen memandu ke balai polis sejauh 18 kilometer dan menyerahkan telefon itu kepada polis.

Perjalanan ke balai polis tersebut mengambil masa 26 minit dan penumpang tersebut terpaksa menanggung kos sebanyak 100 yuan (RM66) untuk dapatkan semula telefonnya.

Walaupun penumpang tersebut memfailkan aduan pada platform e-hailing, syarikat mewakili Chen memaklumkan apa yang dilakukan pemandu mereka bukanlah satu kesalahan.

Elok-elok kena caj sedikit, sudah terpaksa bayar lebih ditambah lewat malam dengan caj pula tinggi waktu itu.

Baca juga: Tak sangka rupanya ini sebenarnya yang jadi, ini kronologi kes kehilangan Bella buat ramai nak tahu