‘Mak mertua nak ex-GF suami bukan aku’ luah wanita ini bikin kecoh

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Pernikahan sepatutnya menjadi satu kenangan indah bagi setiap pasangan pengantin,

Tetapi pengalaman yang berbeza dialami oleh seorang wanita apabila hari bahagiannya dicemari dengan kehadiran seorang tetamu wanita.

Kesedihan bertambah apabila keluarga mentuanya menyambut baik kehadiran wanita tersebut yang merupakan bekas kekasih suaminya.

‘Mak mertua nak ex-GF suami bukan aku’ luah wanita ini bikin kecoh

“Waktu ustaz bercakap-cakap, saya nampak seorang perempuan masuk. Dia masuk dengan saudara mewakili keluarga suami saya.

Saya tahu perempuan ni bekas kekasih suami saya,” ungkapnya tanpa mendedahkan identitinya.

‘Mak mertua nak ex-GF suami bukan aku’ luah wanita ini bikin kecoh

Mak mertua nak ex-GF suami bukan aku' luah wanita ini bikin kecoh | Info Pertiwi

Wanita ini menyuarakan rasa terkilan kerana pihak keluarga pengantin lelaki tidak hanya menyambut ‘menantu tak jadi’ tersebut, malah memaksa tetamu wanita itu untuk bergambar kenangan di pelamin.

“Masa sudah sah bergelar suami isteri tu. Nak bergambar dengan famili sebelah suami saya. Adik-adik dia tarik tangan perempuan tu bergambar dengan keluarga mereka sekali. Tapi okeylah perempuan tu tak nak. Saya pun gembiralah.

Tapi lepas habis tu adik dia cakap dekat perempuan tu… akak bergambarlah sekali dengan abang (Aqmal) dan ibu ayah. Saya pun okeylah… terpaksa senyum,” katanya dengan hati yang terluka.

Wanita itu memahami sejarah hubungan baik keluarga mentuanya dengan wanita tersebut, tetapi sikap mereka sewaktu majlis pernikahan menyakitkan hatinya.

Warganet memberikan sokongan dan simpati kepada pengantin baru ini, mengecam tindakan keluarga pengantin lelaki yang dianggap tidak sensitif terhadap perasaan menantunya.

Baca Juga “Rupanya dia guna khidmat ‘ulat’ dalam pejabat agama untuk daftar perkahwinannya secara salah disisi undang-undang”