Hi aku Indah, tentulah nama samaran. Btw, aku suka nama Indah, yang bagi aku sangat bermakna.
Mungkin kerana hidup aku tak indah, jadi dengan nama Indah, aku boleh membayangkan wujudnya keindahan pada kanvas kehidupan aku.
Aku berusia awal 30-an, sudah berkahwin dan mempunyai dua orang putera.
Kerja aku agak biasa, gaji pun biasa, aku bekerja di sektor kerajaan, manakala suami aku di sektor swasta. Perkahwinan kami baru melepasi fasa lima tahun pertama, yang orang kata sangat menc4bar tu.
Aku ber’pjj’ dengan suami sejak awal kahwin, dari manisnya perkahwinan sampai dah keluar 2 ketul putera hasil waktu manisnya perkahwinan. Sekarang? Tawar hati dah kot, sesuai dengan tajuk. Ceritanya panjang, sebab aku tak pandai nak singkatkan cerita.
Nak baca teruskan, kalau tak nak pun tak apa, aku cuma nak meluah, pada tempat yang orang tak kenal aku sebab di mata orang, aku orang yang kuat, tabah dan cekal hati. Berbalik pada tajuk, aku ber pjj sebelum ni, tapi sejak awal tahun ni aku dapat pindah dekat dengan suami, itu pun lepas aku mengalami fasa burnout, depr3ssion sampai kena refer psychi4trist.
Dr maklumkan aku cuma hadapi mild depr3ssion. Alhamdulillah. Indah seorang yang kuat, yang tabah. Jadi menangis pada aku tak menyelesaikan masalah. Aku pendam, pendam dan pendam sampai jadi b4rah. Suami aku kerja biasa, gaji aku lebih tinggi darinya.
Aku banyak topup kewangan dia, tapi pada aku takpalah, saling membantu. Cuma dia, begitulah lelaki. Takda usaha nak tambah pendapatan walaupun komitmen bertambah. Aku minta dia cari kerja lain yang gaji lebih tinggi dengan kelayakan dia.
Tapi pelbagai alasan dia bagi, katanya ekonomi sekarang ni risiko kalau tukar kerja lain. Aku agak bersetuju. Jadi, aku akur, padahal bidang kerja dia luas je. Aku pernah survey. Hmmm. Tapi mungkin pada dia takpe, aku ada.
Aku yang dari mula tak apa, lama – lama aku jadi berkira. Duit gaji dia bayar itu ini dah habis, nafkah aku tiada ya. Sebab katanya, gaji dia dah habis bayar itu ini. Duit barang dapur bahagi dua, duit taska anak, aku yang bayar. Yelah, aku ada.
Kerja rumah dia membantu, tapi lebih 70% tetap aku buat, dia membantu, ala kadar. Anak – anak aku uruskan, dari pagi sampai ke malam. Tidurkan anak pun kerja aku. Dia? Kalau aku tarik muka, baru la take over sekejap, alasannya anak taknak dengan dia. Senang kan lelaki?
Aku jadi tawar hati. Masa pjj aku urus semua. Ni tinggal sekali macam takda beza. Belum kira bab lain. Selalu aku jeles tengok kehidupan kawan – kawan, suami buat supr1se, suami bawa berjalan, suami tolong masak, suami bawa makan luar, suami selalu selfie, post gambar dengan isteri. Suami aku?
Boleh kira berapa keping gambar selfie bersama. Kalau nak bergambar sekali, ada je alasan. Bila aku gurau suruh dia masak, dia kata tak reti masak, takda usaha pun nak cuba. Aku ni masak pun refer youtube, tiktok. Tawar hati aku. Suami aku, selalu bagi alasan takda duit.
Mostly kalau keluar, memang aku la keluar duit. Berkira kan aku? Tapi tu la. Aku dah tawar hati. Dulu masa sayang, aku tak begini. Korang tau, hari gaji hari tu aku teringin nak makan durian memandangkan sekarang musim durian. Tak kata pun nak pakai duit dia. Tau alasan dia, ‘abang tak ada duit la.’
Aku diam. Terasa sangat – sangat. Lepas tu dia cakap kali ni durian tak jadi, kawan dia kata tunggu bulan 8 nanti durian lagi jadi dari yang sekarang. Aku diam lagi. Suami aku panas baran. Dulu teruk barannya. Sekarang slow down sikit.
Tiap kali dia naik angin, keluar segala carutan. Ba**, gam****, si** tu makanan dia la tu. Dia carutkan keadaan. Kata dia bukan tuju kat aku pun, dah kalau tengah marah tu marah kat aku, carut tu bukan tuju kat aku ke?
Mintak maaf, tapi berulang – ulang benda sama jadi. Baru ni, anak aku menjerit waktu maghrib, aku tegur anak aku, cakap jangan menjerit. Dia kat dapur tinggikan suara. ‘Kang jiran kata bapak dia b4ngang tak reti didik anak.’
Aku baIas, ‘dah mula la tu. Asal marah nak mencarut.’ Dia bidas, suruh aku diam. Aku tegur dia mencarut je. Dah jadi g4duh lagi. S3tan pun bertepuk tangan la waktu maghrib tu tengok kami g4duh buat ke sekian kalinya.
Lepas maghrib tu dia keluar, aku la terkontang – kanting jaga anak dua ketul tu sorang – sorang. Ingatkan tak balik, balik jugak tengah malam tu. Aku bangun pergi tandas pukuI 2 lebih, dia tengah main game, TV terpasang. Entah pukuI berapa dia tidur.
Pagi tu anak – anak dah bangun dia terbongkang lagi. Bawak sampai ke petang. Aku jugak la mengemas rumah, masak, jaga anak. Dia? Membuta. Aku masak dia tak makan, protest la tu. Lantak dia la, dia kelubuq, malas aku nak kisah.
Maghrib tadi kemuncak aku em0si, aku tengah solat, nak sujud dua anak aku tu main keliling aku, aku sujud diorang panjat aku. Agaknya aku dah burnout, aku marah diorang, air mata merembes dah ni. Aku letak anak luar bilik, tengok dia main fon kat bilik sebeIah.
‘Kalau aku jugak urus semua benda sorang – sorang, baik tak payah ada laki!’. Aku kunci bilik, solat balik. Lepas solat aku berteleku, teringat balik voice note dia lepas g4duh sebelum ni. Dia kata, ‘kalau sygg tak boleh dengar kata abg, carilah laki lain yang boleh dengar kata sygg. Abg nak bini yang boleh dengar kata abg je.’ Senangnya laki duk kata gitu.
Aku ni kalau tau per4ngai laki aku tu gaya gini, tak payah kawen pun takpe dah kot. Hati pun tak bengkek. Selalu aku mikir, kenapa maIangnya nasib aku. Dari kecik kena tinggal dengan ayah aku, ayah aku kawen lain, ceraikan ibu.
Ibu aku la membanting tuIang besarkan aku adik beradik. Rasa kasih sayang ayah? Dalam mimpi pun tak pernah. Harapan hati aku, dapat suami yang penyayang, romantik, timbang rasa. Yang boleh jadi pengganti ayah aku. Yang boleh buat aku rasa bahagia, tapi hampa. Baru lima tahun kahwin dah rasa terlalu h4mbar.
Hari tu berg4duh besar, dia b0dohkan aku, depan mak dia. Aku str3ss anak menangis tak henti, dia tidur ya kawan – kawan. Aku geram, aku lepaskan anak aku atas tilam. Dia mikir aku c4mpak anak aku. Meng4muk la dia.
Anak taknak jaga, aku tak nak jaga tau pulak angin. Balik rumah, aku print borang cerai. Tak tau la dia nampak ke tak kat printer tu. Saja aku biarkan. Nak bagi dia nampak. Aku terfikir jugak nak cerai, tapi gitu la perempuan, mikir anak – anak kalau nak cerai ni.
Sebab aku ni datang dari family yang br0ken, aku taknak anak aku jadi terbuang macam aku. Anak aku OK je dengan dia, lagi – lagi kalau abah dia bawak berjalan petang – petang . Tapi tu la, boleh dikira berapa kali dalam sebulan tu.
Selalu aku fikir, apa patut aku buat. Bertahan tapi tawar hati, berbincang tapi eg0 kemain meninggi, melepaskan tapi taknak ikutkan hati. Banyak yang aku fikirkan. Tapi tu la, seumur hidup tu terlalu lama untuk ditempuh bersama… – Indah (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Nur Hela : Aku ni heran tau dengan pompuan ni kadang – kadang. Definisi ‘bapa yang baik’ tu terlalu minimum. Untung laki kalau dapat pompuan cam korang ni. Bawak anak jalan – jalan sebulan sekali pun dah dikira ‘bapa yang baik’.
Tolong jaga anak (tu pun lepas bini meng4muk macam orang giIa) pun dikira bapa yang baik. Padahal benda tu celah gigi je. Kau sedar tak tugas seorang bapa dan imam keluarga tu besar ? Bukan setakat press moto bawak ronda anak petang – petang.
Dari segi nafkah zahir, rohani dan pendidikan untuk anak – anak tu semua tanggungjawab tu. Amanah yang akan disoal kat akhir4t nanti. Ah bebel banyak – banyak pun bukan kau nak ambik pusing pun. Hujung – hujung cakap jugak “tapi dia seorang ayah yang baik… dia suami yang baik…”
Nurul Najihah : Boleh discuss sis semula dengan suami tentang per4ngai suami sambil doa suami lembut hati, insyallah, jadi orang pempuan kene kental. Insyallah sis boleh. Pasal financial saya dulu pun camtu. Bukan kate top up lagi.
Memang duit gaji habis pada financial family tapi saya jenis fikir. Duit bole cari. Bahagia susah cari. Jadi saya lebih pada berlapang d4da. Jangan berkira dengan keluarga sendiri,d4rah daging sndiri. Lepastu alhamdulillah. Bila kita ikhlas takkn timbul soal tu.
Tak lama lepastu suami s4kit tak kerja. Saya jaga suami lagi. Urus semua rumah. Suami. Anak – anak. Walaupun keje sorang, tak cukup duit. Bila kita redho akan cukup juga nak makan. Sampai baru ni suami meninggaI. Sedih sangat. huhu sebab rindu.
Sis jangan macamni. sis yang pilih perkahwinan ni, jadi sis kene la teruskan sampai habis. Kita ni tak boleh bandingkan hidup kite dengan orang sis. Takkan sama. Kene syukur sis.. susah – susah la dulu. Bila sis redho Allah bagi lebih.
Ujian sis tak kuat sangat cuma sis rasa tak cukup je.. sis belajar terima dan redho. Banyak keberkatan akan dapat lepasni insyallah. Doa kat Allah mintak ikhlaskan hati dan redho setiap ujian yang Allah bagi. Saya doakan sis sabar ya.
Nur Syamimi : Istikarohlah sis. Moga Allah tunjuk mana yang terbaik buat korang. Janganlah fikir sebab ko br0ken family, taknak anak – anak alami nasib yang sama jugak. Memanglah kesian kat anak – anak. Tapi anak – anak ni nak kena dibesarkan dalam persekitaran yang sihat juga.
Takde carut mencarut, takde g4duh – g4duh, ibu dan ayah bagi didikan agama yang sempurna and so on. Ni kalau ayah solat subuh pun ke laut, camne. Tapi, saya rasa sebab uolls sebelum ni pjj kan, so ni baru nak sesuaikan diri dengan each other balik.
Sebab tu ko baru tahu per4ngai sebenar suami ko camne kot. Kalau hidup sama – sama awal – awal dulu, dah lama ko tau per4ngai sebenar dia kan. Jaga lah kesihatan mentaI ko tu. Ya, seumur hidup tu terlalu lama.