Rupanya guna roti gardenia lagi senang nak buat pizza

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Bagi yang nak jimat tapi teringin nak makan pizza buatan sendiri, boleh sahaja gantikan doh dengan roti gardenia.

Senang dan sedap siap boleh bagi anak hias sendiri mini pizza mereka dengan bahan yang mereka mahukan.

Resipi ini dikongsikan seorang pengguna Facebook, Auni page menerusi halaman ‘Resipi Mama’.

Rupanya guna roti gardenia lagi senang nak buat pizza

Resipi pizza roti gardenia

Bahan-bahan :

Roti Gardenia

Keju

Sosej dicelur

Cendawan – potong kecil dan celur

Sos spagetti (jika tiada, sos cili biasa)

Bawang Merah potong halus

Cili besar – potong halus

Daun parsley

Cara-cara:

Sapu roti dengan sos spagetti atau sos cili.

Kemudian letak semua bahan-bahan yang telah dipotong tadi.

Setelah sesuai disusun semuanya, barulah letakkan keju diatas dan bakar dalam oven atau kuali dengan api sederhana.

Cepat dan ringkas, sesuai dijadikan aktiviti hujung minggu bersama anak-anak, nak makan lebih pun tak ada masalah.

Selamat mencuba!

Baca juga: “Aku dah tak mampu bersangka baik, aku takde niat buka aib dia kat akak tu tapi aku tak mampu subahat lagi”