Cubaan menutup pintu sejuk dengan rapat tidak akan pernah berhasil, sekiranya ia mempunyai isu pada getahnya yang sudah tamat tempoh.
Di mana, keadaan getah peti sejuk yang telah tamat tempoh akan tertanggal dan tidak melekat dengan baik pada pintu tersebut.
Nak beli peti sejuk baru atau memanggil tukang kemungkinan kos agak tinggi di situ.
Jadi, bagi mengatasi masalah ini, sebenarnya anda boleh sahaja memasang getah pintu pada peti sejuk itu sendiri. Ikuti panduan mudah yang dikongsikan Puan Faizah Husain.
Pintu peti sejuk tak rapat sebab getahnya expired. Begini cara tukarnya dan buat sendiri jimat RM100 tak perlu upah! Mari saya tunjukkan caranya satu demi satu.
Pastikan getah pintu peti sejuk anda memang betul-betul expired. Tanda-tanda expired adalah getah dah tertanggal dari pintunya.
Langkah 1: Cabut getah
Caranya adalah dengan cabut getah dari penjuru atas macam dalam gambar. Tarik saja sampai getah itu tercabut. Jangan risau, nak baiki ini tak perlu peralatan.
Langkah 2: Cara pasang getah yang baru
Tekan setiap penjuru terlebih dahulu. Baru tekan yang lain-lain untuk elak getah terlebih saiz di setiap penjuru. Barulah tekan yang lain-lain. Tekan biar betul-betul rapat supaya pintu senang nak tutup nanti.
Sebelum place order, chat dengan pembeli dahulu okey untuk memastikan model dan jenis peti sejuk. Nah link Shopee pembekal getah pintu peti ais.