Lebih daripada 100 pelabur yang dia temui menolak idea wanita ini, malah ada yang hanya mentertawakan cita-cita mereka.
Tahukah anda bahawa Melanie Perkins, pengasas Canva pernah membentangkan idea perniagaannya kepada 100 pelabur,
namun semuanya menolak dan sebahagian menganggap ideanya tidak berguna.
Namun, siapa sangka, kini Canva adalah salah satu laman sesawang yang menjadi tempat berjuta orang menghabiskan waktu mencipta reka bentuk yang kreatif.
Melanie yang lahir di Perth pada 13 Mei 1987 amat suka mencipta pelbagai poster. Oleh sebab itu, semasa belajar dari peringkat sekolah hingga ke universiti, beliau menjadikan lukisan sebagai mata pelajaran utamanya.
Pada tahun 2006, ketika menjadi seorang tutor reka bentuk untuk pelajar sekolah, Melanie mengenal pasti masalah muridnya. Mereka sukar memahami dan menggunakan aplikasi reka bentuk kerana terlalu rumit. Tidak ada seorang pun pelajarnya yang mahir menggunakan Photoshop, Coreldraw, Adobe Stock, dan sebagainya.
Berasaskan permasalahan ini, Melanie berniat untuk membina aplikasi reka bentuk grafik yang ringkas dan mudah difahami. Oleh sebab itu, beliau memanggil teman baiknya, Cliff Obrecht, untuk mengembangkan ideanya.
Dalam hasil perbincangan bersama temannya, mereka berdua telah mencipta aplikasi reka bentuk buku tahunan pelajar, Fusion Books, pada tahun 2007. Aplikasi ini membolehkan pelajar mencipta buku tahunan tanpa perlu menghubungi vendor.
Fusion Books yang pada mulanya hanya untuk kegunaan muridnya, kemudian meletup dan digunakan oleh lebih 200 sekolah. Namun, pencapaian ini tidak memuaskan Melanie.
Dia masih bercita-cita untuk mencipta aplikasi reka bentuk pelbagai fungsi, tidak hanya untuk buku tahunan, tetapi juga untuk kad perniagaan, reka bentuk poster, pembentangan, dan sebagainya.
Namun, usaha untuk merealisasikan aplikasi itu tidak mudah. Melanie menghadapi cabaran terbesarnya iaitu mencari pelabur. Dia kesulitan mendapatkan dana dari pelabur. Lebih daripada 100 pelabur yang dia temui menolak idea Melanie dan Obrecht, malah ada yang hanya mentertawakan cita-cita mereka.
Akhirnya, harapan tiba pada tahun 2011 apabila di Perth terdapat pertandingan ‘start-up’. Tanpa diduga, mereka menang. Dari sini, mereka berpeluang untuk berhijrah ke Silicon Valley.
Setelah meninggalkan pusat teknologi AS, Melanie menerima pelaburan bernilai AS$3 juta pada 2012. Nasib mereka bertambah baik apabila bekas pekerja Google dari Sydney, Cameron Adams, sudi membantu mereka berdua.
Adams yang kemudiannya menjadi pengasas bersama dikatakan telah membantu dalam pembangunan teknologi. Hasil dari tiga perbincangan tersebut, pada 1 Januari 2013, aplikasi reka bentuk grafik bernama Canva telah dilahirkan.
Dengan cepat, aplikasi ini digunakan oleh 50,000 pengguna. Setahun kemudian, ia digunakan oleh 600,000 pengguna dengan 3.5 juta reka bentuk.
Kini, Melanie Perkins hanya perlu menikmati hasil kerja kerasnya. Menurut laporan Forbes pada 2024, Canva kini bernilai sebanyak US$3.6 bilion atau RM16 bilion. Menurut The Social Shepherd, Canva sendiri telah mengaut keuntungan sehingga US$1.7 bilion.
BACA: Resepi Cornflakes Madu, ada petua supaya tak terburai yang ramai tak tahu