“Benci tengok kakak ipar tak reti bergaul, aku tanya mak kenapa terima dulu kalau tak berkenan”

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Kehidupan berumahtangga sememangnya amat mencabar lebih-lebih lagi bagi yang baru mendirikan masjid.

Perlu banyak berkomunikasi dengan orang sekeliling agar tidak terlihat bagai ‘kera sumbang’ namun bagi yang sudah semulajadi pendiam, ini cabaran yang amat besar.

Wanita ini mendakwa kakak iparnya sangat kekwat kerana tidak tahu bergaul hingga menyebabkan keluarganya porak peranda akibat kehadiran ahli baru.

Aku terus straight to the point jela ya kisah aku ni. Aku ada seorang abang dan itula satu-satunya abang yang aku ada. Abang aku anak sulung. Aku adalah anak yang ketiga dan aku ada seorang kakak dan adik. Jarak umur antara kami berempat 2 tahun sahaja. Abang aku baru je masuk umur 30 tahun (2024).

Hubungan kami adik beradik memang erat. Kalau bersembang setiap hari tu, bukan satu yang pelik walaupun masing-masing berjauhan. Tapi takde la setiap hari. Ibarat je hehe.. Abang aku baru je kahwin awal Disember 2023 tempoh hari.

Untuk pengetahuan, kakak aku dan adik aku masih lagi belajar. Kakak aku tengah ambil Degree, final semester dan bukan di Malaysia. Dijadualkan last date final exam nya sekitar bulan Januari 2024. Apa yang aku tak berapa suka mengenai abang aku ni ialah, kalau dia bercinta, memang tak fikir orang lain.

Tak boleh nak bezakan baik buruk seseorang tu. Aku cuba husnuzon, tapi tak boleh. Aku tak suka kakak ipar aku. Ceritanya bermula awal tahun 2023 dalam bulan Mac macam tu, abang aku nak perkenalkan girlfriend dia, (sekarang dah jadi isteri).

Kami pun excited la nak jumpa sebab memang tahu abang aku ada hubungan masa tu. Tapi kami takdela ambil port sangat nak tahu lebih lanjut. Kami tolak untuk berjumpa pada bulan Mac tu sebab atas kekangan masa masing-masing.

Kakak aku pun jauh, belum cuti sem lagi masatu. Aku kerja dan adik aku ada kuliah. Jadi, kami bercadang untuk jumpa semasa hari raya. Dalam masa yang sama, boleh beraya sekali. Tapi dia pula tak dapat (atas alasan apa aku dah lupa). Okay, boleh plan hari lain.

Tiba-tiba aku dapat info yang mak ayah aku travel ke utara (isteri abang aku kerja di utara tanah air) semata – mata nak jumpa dengan dia, disebabkan abang aku kata dia merajuk yang kami minta tunda kepada tarikh lain yang bersesuaian.

Rupanya abang aku ni dah beberapa kali jumpa family isteri dia. Dalam 2-3 kali macam tu. Aku macam… Errkkkk??? What? Merajuk? Dah macam budak kecik bercinta. Betul ke dia berumur 28 tahun? Per4ngai macam budak 15 tahun je.

Aku tak sangka la dia akan merajuk. Bagi aku no big deal untuk tunda tarikh lain, sebab masing masing busy dan jauh. Isteri abang aku ni sebaya dengan kakak aku. Dipendekkan cerita, kami tak dapat la nak berkenalan dengan isteri abang aku memandangkan mak ayah aku yang travel ke utara untuk berkenalan dengan dia.

Maka, berlangsunglah pertunangan antara mereka berdua pada Sept 2023. Sepatutnya kami plan nak buat bulan Okt 2023, tapi adik beradik isterinya minta untuk diawalkan pada bulan Sept 2023 disebabkan semua adik beradiknya boleh berkumpul pada waktu tersebut.

Kami pun ikut jela walaupun dah caca merba. Nasib masa tu baru awal Sept 2023 majlis tu berlangsung 2 hari sebelum kakak aku fly untuk melengkapkan semester akhirnya. Walapupun pada awalnya aku rasa family isteri abang aku dan isteri abang aku tu red flag, kami husnuzon jelah. Mungkin kami silap.

Semasa majlis tu pun, family dia tak bercakap langsung dengan kami semua. Yang banyak melayan kami sekeluarga dan rombongan, ialah ipar duai family situ. Bermaksud, contoh la suami kakak kepada isteri abang aku yang banyak melayan kami semua. Haha..rumit pulak nak cerita.

Semasa bertunang tu bapak aku dah cakap, tak boleh langsungkan pernikahan pada tahun ni. Kesuntukkan masa. Lagipun kakak aku tengah final year semester. Bapak aku cadangkan untuk langsungkan pernikahan mereka pada tahun hadapan.

Ik4t setahun atau 8 bulan. Lagipun sambil tu boleh la isteri abang aku cari kerja di selatan tanah air. Bapak aku faham, nak PJJ ni bukannya mudah. Sorang di utara, sorang di selatan. 600KM +-. Long story short, ada satu hari ni, abang aku menghilangkan diri.

Disebabkan mak dan kakak isteri abang aku mendesak nak tahu tarikh nikah. Mereka nak minta cuti katanya. Jadi, nak tarikh cepat. Bapak aku cakap nak buat bulan Mac 2024 paling awal. Tapi belah sana tak nak, mereka nak buat bulan Disember 2023. Kami dah jem. Ni nak nikah oi, bukan majlis tahlil. Haha.

Yang kami boleh tahu abang aku hilangkan diri tu, sebab wife abang aku whatsapp bapak aku tanya mana abang aku. Dia kata abang aku block isteri abang aku. Selang 7 hari baru la abang aku ok dan bapak aku putuskan untuk ikut keputusan belah sana untuk buat majlis pernikahan pada awal Disember 2023.

Kakak aku cuba whatsapp personal dekat isteri abang aku minta postpone kepada bulan Mac 2024. Dengan harapan, dapat la bertimbang rasa. Lagipun mereka sebaya. Lebih mudah berkomunikasi. Malangnya isteri abang aku menolak permintaan kakak aku, dengan alasan semasa resepsi belah aku, ada je family dia yang tak dapat hadir.

Aku macam… What????? Ni majlis nikah kot. Mesti la nak semua ada, terutama family sendiri. Lagipun tarikh belah kami pun tak tahu lagi, macam mana dia boleh tahu ada ahli keluarga dia tak dapat datang masatu? Start daripada insiden tu, kakak aku dan isteri abang aku memang dah tak ngam.

Kami adik beradik pun dah mula tak berapa suka isteri abang aku disebabkan per4ngai kekwat dia dan family dia. Maka berlangsunglah pernikahan 2 sejoli tanpa ada kakak aku. Majlis resepsi belah sana pun mereka tak sapa kami weyyyyyyyyy.

Kami dan rombongan duduk dekat tepi sementara tunggu pengantin datang untuk berarak sekali, mereka buat tak tahu je. Bersalam pun tak. Tapi adela senyum dari jauh. Dah sebulan berlalu, isteri abang aku masih belum lagi di-invite ke dalam whatsapp group family. Haha, lagipun takde siapa tanya.

Bulan depan resepsi belah kami pula. Malasnya nak tolong untuk persiapan majlis mereka. Rasa menyampah pun ada dah. Lepas bernikah tempoh hari, isteri abang aku takde pun nak duduk di ruang tamu, join kami tengok tv ke, bersembang.

Ni terperap je dalam bilik. Kalau abang aku keluar bilik, baru la dia keluar. Tu pun membontoti abang aku je. Selalu dengar mertua dari ner4ka kan. Aku bukan nak backup mak aku. Sepanjang dorang nikah, mak aku tak pernah tanya atau complaint kenapa isteri abang aku tak keluar bilik. Kenapa tak tolong masak ape semua.

Cuma, kami rasa yang kami dah takde abang. Abang kami dah jauh. Yela, bukan nak sibuk, dia pun dah ada isteri. Cuma.. entah lah. Rasa keakraban tu kian menghilang.. Kami pun cuba la nak berkelakuan baik dengan kak ipar kami.

Tapi bila dia pun tak nak cuba bergaul dengan kami, rasa menyampah pun ada. Lepas majlis nikah tu, abang aku ada singgah rumah kami 2 hari. Sepanjang 2 hari tu, kami memang makan di luar je sebab masing-masing letih travel ke utara untuk majlis nikah dorang. Nak bersiap punya la lama.

Contoh, plan nak keluar breakfast 8.30 pagi. Ni dah 8.45 pagi, belum siap lagi. Sebab tengah makeup. Hmm.. apoo. Kalau nak makeup, bangun awal la. Akhirnya kami pun pergi la dulu dengan kereta masing-masing. Aku pernah tanya mak aku dulu, kenapa terima isteri abang aku tu. Bagi aku per4ngai dia melampau sangat.

Masa belum nikah dulu pun aku rasa yang dia tak hormat kami semua. Tak tahu la pembaca semua rasa macam mana. Mak aku diam, takde jawapan. Mungkin sebab dia satu – satunya anak lelaki, jadi mak aku terima jela.

Entahlah.. Dulu pun aku pernah whatsapp personal abang aku, suruh jela dia cari girlfriend lain. Lain macam per4ngainya. Ramai je perempuan yang cantik dan tahu menghorm4ti orang lain. Bukan macam dia ni, biadap. Abang aku reply “hahaha ok”. Tu je?

Ramai yang kita dengar mertua, ipar duai dari ner4ka. Tapi.. wujud juga menantu dari ner4ka. Saya suka tengok video Kak Tam dekat tiktok. Bila dah experience sendiri, saya rasa Kak Tam pun perlu buat video untuk bagi nasihat kepada menantu juga supaya jaga adab.

Boleh saya forward kan video tu kepada kak ipar saya haha Mungkin ada yang akan kecam saya sebab dia kategori ‘menantu’. Ye betul, ramai menantu ters4kiti. Tak dinafikan. Tapi, wujud juga menantu h4ntu yang berpotensi jadi jarum dan r4cun dalam keluarga. – BUNGA (Bukan nama sebenar)

Baca juga: Doktor pelik kenapa buruh binaan Bangladesh ini pakar dengan jenis ubat, rupanya ahli farmasi di Bangladesh