Pelancong kecewa kena ‘pau’ RM350 dengan teksi dari KLIA ke Bukit Bintang undang reaksi netizen

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Seorang pelancong meminta mereka yang mempunyai rencana untuk melancong ke Malaysia untuk berwaspada

selepas dia mendakwa ditipu sebanyak RM350 ketika menaiki teksi dari KLIA ke Bukit Bintang.

Melalui akaun TikToknya @khletus.travels, pelancong itu berkongsi bagaimana dia ditipu sehingga ratusan ringgit

Pelancong kecewa kena ‘pau’ RM350 dengan teksi dari KLIA ke Bukit Bintang undang reaksi netizen

Dengan harapan ia akan menjadi pengajaran kepada pelancong lain untuk tidak berada di dalam situasi yang sama.

Dia menjelaskan bahawa dia dan keluarga baru sahaja sampai daripada penerbangan yang melelahkan selama 17 jam dan terus menuju ke kaunter teksi untuk menempah perjalanan ke tengah ibu kota Kuala Lumpur.

@khletus.travels Checking prices is generally a good thing to do 💀 Correction: it was a mini bus/van (14 seater) NOT a taxi #malaysia #kualalumpur #malaysiatiktok #traveltips #travellife ♬ Everything Works Out in the end instrumental – scars


Tetapi apabila diberitahu harga, dia serta-merta berfikir bahawa ini mungkin sebahagian daripada penipuan.

“Tetapi, memandangkan keluarga saya sangat penat, mereka tidak kisah. Mereka seperti, ‘Kami hanya terima, itu tidak penting’. Dan akhirnya, orang yang menemani kami ke teksi memberitahu kami, ‘Ya kawan-kawan, kamu baru sahaja ditipu’,” katanya dalam klip itu.

Pada akhirnya, pelancong itu membayar RM350 (70 Euro) dan bukannya tambang antara RM210 hingga RM220 (42 Euro).

Bagaimanapun, di akhir video beliau menyatakan bahawa hanya segelintir rakyat Malaysia yang tidak jujur dan kejadian itu tidak menggambarkan keseluruhan pengalamannya di Malaysia.

Di bahagian, pelbagai reaksi yang timbul. Sebahagiannya mempersoalkan tindakannya yang bersetuju dengan harga tersebut. Sebahagian lagi berkata bahawa orang Malaysia sudah lama tidak menggunakan teksi, mereka hanya menggunakan Grab.

BACA:“Duit hantaran mak mertua masih hutang dengan saya, tak bayar pun, masa kak ipar kahwin, semua ditanggung mak, bila tengok barang kemas mak, terdetik dalam hati saya..”