Kenapa duit Malaysia digelar ‘Ringgit’? Ini sejarah yang ramai tak tahu

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Ringgit kini berfungsi sebagai mata wang rasmi negara sejak dikeluarkan duit kertas dan syiling pertama oleh Bank Negara pada tahun 1967.

Walau bagaimanapun, ramai yang tidak menyedari bahawa sebutan “ringgit” sudah digunakan oleh masyarakat Melayu dalam urusan jual beli

kira-kira 500 tahun yang lalu, ketika Tanah Melayu dilawati oleh pedagang Sepanyol dan Portugis.

Kenapa duit Malaysia digelar 'Ringgit'? Ini sejarah yang ramai tak tahu

Pada abad ke-16 dan ke-17, Alam Melayu menggunakan mata wang asing seperti dolar Sepanyol dan dolar Mexico, yang digunakan secara meluas dalam perdagangan. Masyarakat Melayu ketika itu menyebut mata wang tersebut sebagai “ringgit.”

Menurut Kurator Galeri Numismatik Bank Negara, Wan Muhammad Danial Wan Omar, perkataan “ringgit” berasal dari perkataan Melayu asli yang bermaksud ‘bergerigi’.

Ini merujuk kepada sisi bergerigi pada syiling perak dolar Sepanyol yang digunakan pada zaman penjajahan Portugis di Melaka pada abad ke-16 dan ke-17.

Wan Muhammad Danial menyatakan bahawa sejak zaman penjajahan, ringgit telah digunakan oleh masyarakat tempatan walaupun pedagang luar menggunakan dolar Sepanyol dan Mexico.

Pada tahun 1970-an, masyarakat Melayu menyebut syiling perak dolar Mexico yang memaparkan wajah pemimpin mereka sebagai “ringgit patung.”

Beliau juga menyebut bahawa nota bank diperkenalkan pada tahun 1870-an oleh beberapa bank luar seperti Oriental Bank, Hong Kong Bank, dan Shanghai Bank. Nota-nota bank tersebut turut mencetak perkataan “ringgit” dalam huruf jawi di satu ruangannya.

Mata wang ringgit Malaysia yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 12 Jun 1967, menggantikan ringgit Malaya dan Borneo British. Pada tahun 1992, simbol ‘$’ dalam wang kertas digantikan dengan ‘RM’ atau Ringgit Malaysia

. Di peringkat antarabangsa, simbol ‘MYR’ digunakan sebagai kod mata wang negara Malaysia.

Setiap syiling dan wang kertas yang dikeluarkan mempunyai makna tersendiri, mencerminkan sejarah dan kehidupan masyarakat pada masa tersebut. Kajian lanjut mengenai bidang numismatik akan dibahas esok.

BACA: “Sampai bila-bila aku takkan lupa tarikh tu, suami bawa anak aku masuk dalam rumah kami tapi dengan perempuan lain, mesra, berpegangan tangan”