Lelaki dedah perangai buruk orang kita bila layan ‘Pak Guard’ warga asing

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Tidak dinafikan ada dalam kalangan orang kita gemar mendabik dada dengan kerakyatan sebagai warganegara Malaysia

Sehingga memandang rendah pada pekerja warga asing yang mencari rezeki di sini.

Terutama pada pengawal keselamatan yang kebanyakannya bekerja di kawasan perumahan, kondominium-kondominium dan pasar raya besar.

Lelaki dedah perangai buruk orang kita bila layan ‘Pak Guard’ warga asing

Seorang pengguna Facebook, Norman Radzuan berkongsi pengalamannya berdepan situasi di mana pengawal keselamatan diherdik di depan matanya.

Melalui pengalamannya, dia berkata kebanyakan kes bukanlah salah si pengawal keselamatan tetapi sebaliknya salah pemikiran orang kita sehingga memandang hina pekerjaan itu.

Dia bagaimanapun berpendapat, pekerja warga asing ini merupakan seorang pekerja yang bertanggungjawab dan lebih berdisiplin.

Kami kongsikan artikel penuh dari individu tersebut yang dimuat naik di Facebook miliknya.

Acapkali kita mendengar pengawal keselamatan dipukul hingga cedera parah malah ada melibatkan kematian. Kes pengawal keselamatan kena pukul ini tidak pernah berhenti.

Pagi ini saya ingin bercerita mengenai dua kejadian yang berlaku di depan mata dan dalam pengetahuan saya. Bagi saya bukan salah mereka tetapi salah pemikiran kita yang memandang hina pekerjaan pengawal kes

Sejak dulu pengawal keselamatan sering diherdik hanya kerana ingin jalankan amanah diberikan. Ia semakin menjadi jadi apabila pengawal keselamatan dari bangsa asing.

Pak guard dimaki bodoh
Kes pertama: Seorang rakan datang ke rumah saya untuk menghantar barang. Setiba di pintu pengawal, dia bermasalah.

Lalu menghubungi saya seperti diminta pengawal keselamatan. Dengarlah suaranya memaki ketika saya sedang berbual dengN pengawal untuk izinkan dia masuk, “ puxx, bodoh Nepal ini dan macam-macam lagi.”

Makian itu hanya disebabkan dia perlu daftar dan tunjukkan kad pengenalan untuk direkod. Lalu saya beritahu rakan tu tak mengapalah ikutkan sahaja permintaan pengawal tersebut.

Pot pet pot pet dia di dalam rumah saya. Saya tersenyum sahaja dan tidak mahu menyokong perlakuannya sebab saya tidak bersetuju dengan tindakannya.

Dalam hati saya sombongnya kamu ini. Sedangkan anak perempuan saya sewaktu 3 minggu di sini turut diminta IC ketika pulang dengan Grab. Dia tidak mengadu apa-apa cuma katanya “I mahu pulang rumah sendiri kena minta IC (sambil ketawa).

Anak tuan rumah pun patuh dengan undang-undang pengurusan kenapalah kamu sombong sangat tidak mahu patuh. Semua salah pengawal?

Kes kedua ketika saya ke Mall DPulze Cyberjaya. Kejadian benar6 berlaku di depan mata saya. Ketika seorang pengawal keselamatan meronda tiba-tiba anak kecil berusia 3 tahun berlari dan terlanggar pengawal ini lalu jatuh.

Anak kecil ini menangis. Ibu ini memarahi pengawal keselamatan dengan makian, lalu saya tegur wanita tersebut.

“Bukan salah dia tapi anak Puan yang langgar pengawal ini. Lain kali jangan biarkan anak kecil berlari di dalam pusat beli belah.”

Terus perempuan ini diam dengan muka tak puas hati saya berpihak kepada pengawal keselamtan berbangsa Nepal ini.

Kejadian-kejadian ini hanya sebahgian kecil yang berlaku dan terus terang saya katakan saban hari ada sahaja pengawal keselamatan dimaki hamun di seluruh negara. Rata-rata 90 peratus bukan salah pengawal.

Salahnya kerana orang kita pandang hina pekerjaan mereka. Sedangkan majikan atau pengurusan kediaman telah menetapkan undang-undang begitu untuk mereka patuhi.

Ia terjadi tanpa kita sedari kerana ada perasaan ego dalam diri kita.

“Sudahlah pengawal saja, pendatang pula tu” itu yang ada pemikiran kita. Jangan pandang hina. Tanya saya, saya lebih suka pengawal Nepal ini sebab disiplin mereka sangat baik.

Malah pengawal di rumah saya setiap jam sentiasa buat rondaan. Mereka sangat hormat penghuni di sini dan suka membantu jika saya perlukan pertolongan.

Paling saya suka mereka tak mengelat (tidur) dan sentiasa kemas berpakaian walaupun ketika saya pulang jam 3 pagi. Tidak seperti pengawal tempatan dahulu. Jam 12 malam pakai singlet saja di pondok pengawal.

Rakyat Malaysia sebuah negara maju patut memiliki pemikiran yang maju, proaktif, matang dan kritis. Lupakan hasrat jadi negara maju jika pemikiran masih mundur.

Baca juga: ‘Ramai tak tahu lepas jual rumah boleh claim SURRENDER VALUE insurans. Korang yang dah jual rumah, dah claim ke benda ni? Atau tak pernah tahu pon selama ni?’