Nasi goreng adalah antara hidangan yang senang dimasak menggunakan bahan yang ada di dapur.
Kali ini kami ingin berkongsi satu resipi yang boleh dirujuk oleh ibu bapa untuk menyediakan sarapan anak-anak.
Ia juga dinamakan Nasi Goreng Budak Sekolah disebabkan ia memang dibuat untuk anak-anak. Rasanya tak pedas dan memang menjimatkan masa.
Jom kita ikuti resipi Nasi Goreng Budak Sekolah daripada Ida Shahida ini. Dia berpesan, resipi ini kena ikut sebijik-bijik barulah sedap dan rasanya lebih mantap.
“Sila ikut resipi ini sebiji ya. Jangan ubah apa-apa. InsyaAllah masakan ini akan jadi paling sedap anda pernah makan. Percayalah dan cubalah.”
Resipi Nasi Goreng Budak Sekolah
Kena buka api kuat sekali kemudian panaskan minyak.
Tumis bawang putih yang diketuk hingga naik bau.
Pecahkan telur dan dan kacau supaya hancur dan sempurna masakannya.
Masukkan nasi dan kacau.
Bila dah berasap masukkan garam dan serbuk perasa dan sedikit lada hitam.
Kacaulah sampai berasap (api mesti kuat sekali). Siap!
Petua buat nasi goreng yang sedap
Goreng nasi kena sampai berasap. Itu tanda nasi goreng dah masak dan jadi sedap. Kalau nasi goreng tidak berasap maknanya nasi goreng itu belum masak lagi.
Api kena kuat!
Selepas pecahkan telur kena kacau cepat supaya telur hancur dan masak sempurna. Kalau tak, nanti nasi goreng berbau hanyir telur.
Sebaiknya buat nasi goreng guna nasi sejuk atau masak nasi dengan air yang sedikit supaya nasi jadi lerai walaupun baru dimasak.
Jangan guna nasi yang lembik untuk buat nasi goreng ya. Melekat-lekat jadinya. Rasa pun kurang sedap.
Tip: Nak pedas boleh letak potongan cili kering semasa menumis bahan.