Biasa kalau pergi ke pasar malam, mesti pernah nampak cendawan goreng tepung, lebih menarik lama juga kekal ranggup.
Tapi bila buat dekat rumah jarang pula menjadi, sekejap sahaja dah lembik, belum kira betapa berminyaknya makanan bergoreng tersebut.
Bagi peminat cendawan, boleh cuba tips yang dikongsikan pengguna Facebook, Norzaliza Eja, tak berminyak dan kekal rangup.
Resipi cendawan goreng tepung
Bahan-bahan:
- Cendawan
- 1 cawan tepung ubi
- 1 cawan tepung jagung
- 4 sudu tepung bestari
- sedikit garam
- sedikit serbuk lada hitam
- 1 biji telur
Cara:
Cuci cendawan dan keringkan guna tisu dapur.
Pecahkan telur dalam mangkuk.
Sediakan bekas yang ada penutup, campur kesemua tepung tadi, garam dan serbuk lada hitam. Goncangkan.
Panaskan minyak, minyak letak banyak sikit. Api jangan kuat sangat.
Gaulkan cendawan dalam telur angkat dan golek-golek atau goncangkan dalam tepung dan goreng.
Senang sahaja! Selamat mencuba.
Baca juga: