Ini sungai tergelap di dunia, ‘Sampai boleh tak nampak diri sendiri kalau tengok depan-depan’

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Sebatang anak sungai di Congo iaitu Sungai Ruki dipercayai digelarkan sebagai sungai tergelap di dunia,

Dengan air begitu gelap sehingga anda tidak nampak muka anda sendiri di permukaannya.

Dalam apa yang dianggap sebagai kajian ilmiah tentang sungai di Afrika,

Ini sungai tergelap di dunia, ‘Sampai boleh tak nampak diri sendiri kalau tengok depan-depan’

santis menyimpulkan bahawa air sungai yang gelap itu terjadi kerana bahan organik yang terlarut dari hutan hujan di sekitarnya.

Saintis mendapati bahawa warna sungai itu terjadi kerana sebatian kaya karbon yang dikeluarkan dari tanaman yang membusuk dan dihanyutkan ke dalam Sungai Ruki melalui hujan ataupun banjir.

Ini sungai tergelap di dunia, ‘Sampai boleh tak nampak diri sendiri kalau tengok depan-depan’

Menurut Dr. Travis Drake, yang merupakan penulis utama untuk kajian tersebut, Sungai Ruki pada dasarnya dianggap ‘teh hutan’ di mana bahan tumbuhan karya karbon ‘dibancuh’.

Hasil perwarnaan air itulah yang membuatkan Sungai Ruki lebih gelap daripada Rio Negro di Brazil.

“Sebatian organik yang keluar dari tumbuh-tumbuhan menyerap cahaya, jadi lebih tinggi kepekatannya, lebih gelap airnya.

“Ia ibaratkan kita membancuh air teh yang pekat menggunakan teh beg yang banyak,” kata Dr. Drake.

Lebih Gelap Daripada Sungai Amazon, Rio Negro

Selain itu, berpandukan sistem ukuran, pasukan ETH Zurich di Switzerland mendapati bahawa Sungai Ruki merupakan 1.5 kali ganda lebih gelap daripada Rio Negro, sungai berwarna gelap di Hutan Amazon.

Walaupun keluasan Sungai Ruki hanya membentuk satu per 20 (1/20) Lembangan Congo, ia hakikatnya mengandungi seperlima dari semua karbon terlarut di Congo.

“Sungai Ruki merupakan salah satu sistem sungai yang kaya dengan DOC,” kata Matti Barthel yang merupakan penulis bersama untuk kajian itu.

“Kami terpegun dengan warna sungai itu,” kata Dr. Travis Drake. Dia juga menambah bahawa air itu sangat gelap sehingga anda tidak boleh nampak tangan di hadapan muka anda.

Cuba anda bayangkan anda berada di dalam sungai itu. Mereka yang mempunyai fobia air dalam, atau Thalassophobia mesti tidak mahu mendekati sungai itu.

Sudahlah airnya gelap sampai tak boleh nampak apa-apa, kita juga tidak tahu adakah apa-apa haiwan yang boleh hidup dalam air itu.

PAKEJ INTERNET RUMAH MURAH & LAJU TM

BACA :“Aku dan suami hidup bahagia, tapi ada wanita selalu tag dia di Facebook, 3 hari aku berdiam diri sekali ini yang jadi”