Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama aku L. Aku baru sahaja berkahwin dengan N pada tahun lepas.
Kami berkahwin atas dasar cinta dan mendapat restu dari kedua-dua pihak.
Keluarga aku suka pada N dan keluaga N juga suka pada aku. Rumah tangga kami bahagia.
N isteri yang baik. Walaupun kami masing-masing ada kekurangan, kami tetap mencintai satu sama lain.
Sebagai suami, aku rasa sangat beruntung. N mendapat didikan agama yang sempurna, bijak, cantik serta berperwatakan menarik.
Namun, ada satu sikap N yang buat aku rasa sedih iaitu N tak suka pada keluarga aku.
Untuk makluman pembaca, aku berasal dari keluarga biasa. Kami tidak terlalu kaya dan tidak pula terlalu miskin. Kehidupan kami mencukupi.
Aku ada ramai adik-beradik. Jadi, kami memang rapat antara satu sama lain sejak kecil. Rezeki dikongsi bersama. Masalah juga diselesaikan bersama.
Sejak aku kahwin dengan N, aku dapat rasakan N tak suka pada keluarga aku.
Apabila kami balik ke kampung aku, N akan beritahu awal-awal dia tak mahu kami berada di kampung lama-lama.
Selalunya, N minta kami di kampung sehari sahaja. Kalau aku tak mahu ikut, N akan mula menangis.
Sebagai suami, aku selalunya akan mengalah. Tapi dalam hati aku, aku rasa sangat sedih.
Sampaikan aku rasa hina sangatkah keluarga aku sampaikan isteri aku tak mahu duduk kampung melebihi sehari. Aku pun rindu pada ayah, ibu dan adik beradik.
Mereka jaga aku dari kecil, takkan aku perlu buang mereka dari hidup aku demi isteri? Aku berperang dengan perasaan aku.
Pernah aku cuba bincang dengan isteri tentang isu ini. Tapi isteri aku akan guna air mata sebagai senjata.
Dan aku, seperti biasa, mengalah dan memendam perasaan walaupun aku rasa tak adil.
Bagaimana dengan keluarga isteri aku? Pada sesiapa yang rasa aku tak luangkan masa di kampung isteri aku, anda semua salah. Kami selalu menyantuni keluarga isteri.
Sebelum kahwin, aku pernah berjanji dengan isteri yang aku takkan pisahkan dia dengan keluarga dia.
Jadinya, selepas kahwin kami selalu menyantuni keluarga isteri. Rumah saudara mara isteri semua kami pergi.
Dan aku sebagai menantu sedaya upaya menggembirakan hati keluarga isteri. Aku luangkan masa dengan mereka, layankan cerita mereka dan tolong mereka sewaktu di kampung.
Selalunya pagi-pagi lagi aku akan bangun. Tolong-tolong mengemas dan sediakan sarapan. Aku buat semua tu sebab aku suka dan aku hormat keluarga mertua. Sampaikan keluarga mertua aku memang suka dan selesa dengan aku.
Namun, kenapa isteri aku tak dapat buat perkara yang sama?
Aku tak minta isteri aku hormat melampau-lampau pada keluarga aku. Apa yang aku minta adalah supaya isteri aku berikan aku masa melepaskan rindu pada keluarga.
Aku juga ada perasan. Rindu dalam hati ini membuak buak. Kadangkala waktu bersendirian, aku menangis sebab rindukan keluarga. Aku rindu gelak tawa ayah, ibu dan adik beradik.
Kepada isteriku, fahamilah hatiku ini. Izinkan aku luangkan masa bersama keluarga. Usah jadikan air mata mu sebagai senjata untuk menghalang aku berjumpa dengan keluarga ku.
Sudah pasti, aku akan mengalah dengan air matamu. Akan ku buang keluarga ku demimu. Tetapi hatiku ini, berdrah menanggung rindu pada keluarga.
Ini antara reaksi netizen. Ramai juga memihak kepada isteri ye.
Ria.Baca dari awal smpai akhir, tak ada confessor jelaskan kenapa isteri tak nak balik kampung dia…. so nak kata isteri dia xreti tolak ansur pun aku serba salah…
Cuma kalau isteri tuh xnak ikut balik kampung ko bro, ko balik je sensorang…xpayah pening kepala, kalau tuh pun isteri ko bising…ko nasihat tak jalan, kau pulangkan saja pada orang tuanya cara baik…
Kahwin ni antara tujuannya, mengeratkan silaturahim, kalau silaturahim makin jauh…tuh bukan perkahwinan yang baik….
Gama. Ok dah tu balik sehari, keadaan permpuan tak sama mcm suami,perempuan susah di rumah mertua, berbeza, nk jg aurat lg,belum lg mulut2 perempuan2 yg mcm2 tu..
sebulan sekali sehari dh la bw isteri,dia xnak timbulkan masalah tu, pd ms lain awk balik je lah sorg, msa awk balik tu isteri pi lah umah mak dia, kan mudah sesekali enjoy mcm bujng.. knp buat hal kecik mcm besar? Smpai konon2 nk sedih2 buang keluarga.. benda mudah buat susah, xpayah lah setiap masa nk sama2..
Afidah. Balik je la, tak payah bawa isteri tu. Tak payah ajak pun, sebab bila ajak, dia tak mau akan jadi isu lain pula nanti. Jadi tak payah ajak dia, bagitahu je awak nak balik rumah keluarga kejap, dia duduk rumah sendiri.
Atau kalau dia tak mau duk rumah sendiri, hantar dia balik rumah mak ayah dia, awak balik rumah mak ayah awak.
Mula2 memang akan ada mulut berbunyi apa pula suami isteri berpecah macam tu, tapi awak terangkan la demi keselesaan masing2.
Haida. Isteri dah blh bc kelemahan suami. Air mata.. jgn jdkn air mata sbgai pnyebab jauh hubungan anda dan keluarga sndiri. Takut nnti mngalir air mata ibu, derhaka la dapat nya. Bincang elok2. Bg situasi suami equal dgn kperluan isteri. Kn tegas dan berhemah. Anda suami. Ketua keluarga.