Patutlah Malaysia dibanjiri dengan pendatang asing, rupanya ini je sebabnya mereka

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

“Kalau boleh, saya ingin kembali ke Malaysia. Di sini tidak ‘best’, Malaysia lebih baik, lebih sejuk, dan makanan lebih sedap,

” luahkan spontan sosok lelaki Bangladesh yang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad International Airport, Doha, Qatar.

Lelaki yang bertubuh kurus dengan seragam pekerja pembersihan berwarna jingga tersebut ditemui oleh penulis ketika menggunakan tandas di tingkat bawah lapangan terbang tersebut.

Patutlah Malaysia dibanjiri dengan pendatang asing, rupanya ini je sebabnya mereka

Setiap kali bilik tandas itu digunakan oleh pelancong atau ekspatriat, lelaki itu dan rakan sekerja akan dengan cepat membersihkan mangkuk tandas. Titisan air paip di lantai akan segera dilap hingga kering. Mereka menjadikan tandas tersebut layak menerima status lima bintang.

Penulis berkesempatan berbual panjang dengan lelaki bernama Umar ini semasa tempoh transit selama 15 jam di lapangan terbang tersebut, sebelum meneruskan penerbangan ke Mashhad, Iran.

Umar boleh diibaratkan sebagai penjaga ‘jamban’ yang setia. Dia berdiri tegak dan menunggu orang ramai menggunakan tandas yang bersih dengan wangian lavender. Dia tidak pernah duduk mencangkung atau ‘curi tulang’.

Pertama kali penulis terkejut apabila Umar, yang fasih berbahasa Melayu, menyapa penulis walaupun bahasa ibundanya, Bangali, masih kedengaran kuat. Kemungkinan Umar pernah menetap lama di Malaysia dan bergaul dengan masyarakat tempatan, membuatnya mahir dalam bahasa Melayu.

“Saya pernah bekerja selama lima tahun di kilang ayam Merlimau, Melaka. Gaji saya RM1,000 sebulan, tetapi mencukupi untuk hidup. Saya gembira, dan saya boleh mengirim wang gaji pulang ke kampung,” katanya.

Namun, Umar mengakui bahawa dia membuat kesilapan apabila memilih untuk berhijrah ke Doha setelah dijanjikan pendapatan yang lumayan oleh ejen.

“Qatar menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022, jadi banyak peluang pekerjaan di sini. Saya tidak berfikir lama apabila ejen menjanjikan gaji sebanyak AS$2,000 sebulan (RM4,200).

“Tetapi apabila saya tiba di sini, gaji hampir sama seperti di Malaysia. Cuaca di sini juga sangat panas, mencapai 42 darjah Celsius, dan makanan sangat mahal,” katanya dengan wajah kusut.

Dia menyatakan bahawa ribuan pekerja imigran seperti dia mungkin sedang mempertimbangkan untuk kembali ke Malaysia jika diberi peluang.

Rakan sekerja Umar, Sarmin, pula merindui kehijauan pokok dan taman bunga di Malaysia.

“Di sini sudah lama tidak hujan. Cuaca panas dan kering. Saya rindu mi rebus, roti john pasar malam Teluk Mas, Melaka. Saya ingin mengambil ‘selfie’ di depan KLCC,” katanya.

Pertukaran perasaan antara mereka jelas menunjukkan bahawa jiwa mereka masih melekat pada Malaysia. Mereka tidak banyak menyentuh mengenai kampung halaman mereka di Chandpur selatan Dhaka.

Mereka seolah-olah kehilangan cinta pertama dan tidak sabar untuk kembali ke Malaysia setelah tamat tempoh kontrak mereka.

Apa yang ingin penulis kongsi di sini adalah realiti dan faktor mengapa bilangan warga asing di Malaysia terus meningkat walaupun dalam situasi krisis ekonomi atau pandemik Covid-19 yang berlarutan sejak dua tahun lalu.

Laporan Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 yang baru-baru ini diumumkan mendapati bahawa 2.7 juta penduduk Malaysia bukan warganegara Malaysia. Persoalannya, siapakah mereka?

Ini adalah angka yang mengejutkan, belum lagi mengambil kira jumlah sebenar pendatang asing tanpa izin (Pati) yang bersembunyi di ladang sayur, tapak projek pembinaan, jeti nelayan, dan pelbagai lokasi lain. Kemungkinan jumlah mereka berjuta-juta. Inilah realiti yang sukar untuk diabaikan.

Jadi, terdapat koloni mini Jakarta, pasar Dhaka, kampung Pinoy, flat Rohingya, pusat Gangnam Ampang, dan pelbagai lokasi komuniti warga asing di Malaysia.

Semuanya memberi kesan kepada demografi dan mencipta isu-isu berkaitan dengan identiti dan hak di negara ini. Isu pendatang haram atau migrasi asing ini bukan sesuatu yang baharu, tetapi isu ini telah menjadi fokus perhatian selama empat dekad.

Namun, isu ini semakin meluas dan sukar untuk ditekan. Ketika ini, jumlah warga asing di Malaysia melebihi jumlah keseluruhan penduduk beberapa negeri. Ekonomi, peluang pekerjaan, globalisasi, dasar kerajaan, dan persepsi kehidupan yang lebih baik di Malaysia menjadi magnet tarikan bagi kedatangan warga asing.

Sikap ‘tak kisah’ dan simpati rakyat Malaysia terhadap warga asing ini menjadikan mereka selesa tinggal di Malaysia. Diskriminasi tidak begitu ketara, dan sifat baik dan bergantungnya rakyat Malaysia kepada tenaga kerja warga asing memudahkan proses integrasi mereka.

Negara ini secara perlahan-lahan dijajah dan dijarah dari segi budaya, ekonomi, dan corak hidup sosial. Gambaran Malaysia sebagai ‘syurga dunia’ dengan peluang pekerjaan dan upah yang tinggi menjadikan negara ini semakin menarik bagi warga asing.

Bagi penulis, masalah ini juga berkaitan dengan keengganan warga Malaysia untuk menjalani kerja-kerja tertentu, dan kehadiran warga asing membantu mengisi kekosongan tersebut. Kesudahan cerita ini adalah bagaimana warga Bangladesh yang awalnya hanya pekerja kasar, kini mampu menjadi pemilik perniagaan dan menjana pendapatan yang lumayan.

Kajian sebelum ini menunjukkan bahawa peniaga tempatan tidak dapat bersaing dengan agresiviti warga asing dalam menjalankan perniagaan. Akibatnya, sebahagian besar pendapatan yang sepatutnya dimiliki oleh penduduk tempatan diambil alih oleh golongan pendatang ini.

Isu ini belum lagi mempertimbangkan polemik yang berkaitan dengan perkahwinan campur, peningkatan jenayah, sengketa tanah, pengalihan dana haram, dan pelbagai isu lain.

Pelbagai operasi telah dijalankan untuk mengurangkan bilangan pendatang asing, tetapi masih gagal untuk mengekang banjir ini. Kenyataan terkini oleh Menteri Sumber Manusia yang mengumumkan kemasukan 500,000 pekerja asing dari Bangladesh pastinya akan menambahkan lagi jumlah warga Bangladesh di Malaysia.

Mereka akan menyertai hampir 327,000 pekerja Bangladesh sedia ada di Malaysia, kebanyakan di sektor perkilangan dan pembinaan. Dengan ini, jumlah hampir 1 juta pekerja Bangladesh yang bekerja di Malaysia akan bertambah, tanpa mengambil kira jumlah pekerja asing dari negara lain.

Pertanyaannya adalah, mampukah kerajaan menguruskan jumlah pekerja asing yang semakin meningkat ini? Sebarang masalah yang timbul daripada pendatang asing akan memberikan kesan kepada kredibiliti kerajaan dalam menangani isu ‘penjajahan’ senyap oleh bangsa asing ini

BACA: “Aku tangkap basah mak mertua aku ketika dia dengan suami aku, jam tu jugak aku sergah suami depan-depan”