Pengunaan QR code, kad debit dan kredit bakal digunakan untuk pembayaran KTMB

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook hari ini memaklumkan bahawa kerajaan kini dalam perancangan

Tujuannya untuk melancarkan sistem pembayaran terbuka untuk pengangkutan awam.

Katanya, sistem pembayaran terbuka sudah menjadi trend global yang telah dilaksanakan di banyak bandar utama seperti London, Sydney dan Singapura.

Pengunaan QR code, kad debit dan kredit bakal digunakan untuk pembayaran KTMB

Sehubungan itu, Anthony Loke mengumumkan bahawa keseluruhan sistem rangkaian Komuter KTMB di Lembah Klang kini sedang dinaik taraf dengan sistem pembayaran terbuka yang dinamakan Automatic Face Collection (AFC).

Loke menegaskan bahawa kerja-kerja menaik taraf itu sudah hampir selesai dan akan beroperasi mulai pertengahan November, di mana semua 57 stesen KTMB di Lembah Klang.

Pengguna boleh menggunakan kad kredit, kad debit, Touch ‘n Go dan juga kod QR melalui aplikasi mudah alih KTMB. Menurutnya, keseluruhan projek ini menelan kos sebanyak RM29 juta.

Selain itu, beliau juga mendedahkan bahawa sejak awal 2023, Prasarana telah mula merancang untuk melaksanakan sistem pembayaran terbuka ini di rangkaian relnya di Lembah Klang dan dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2025.

Pada masa ini, Prasarana sedang memuktamadkan pelan pelaksanaan ini ke Rapid Rail yang merangkumi LRT Kelana Jaya, LRT Ampang, MRT Kajang, MRT Putrajaya dan Monorel.

Menurutnya, sistem baru ini akan memperkenalkan penggunaan MyDebit dan Kad Kredit sebagai mod pembayaran tambahan di gantri selain kaedah pembayaran sedia ada menggunakan kad Touch-n-Go atau token.

“Kerja-kerja ‘Design and Development’ dijangka mula pada Mac 2024.

“Prasarana akan mengambil tempoh 11 bulan iaitu sehingga Februari 2025 untuk menyiapkan 50 peratus daripada gantri di setiap stesen untuk menerima kaedah pembayaran terbuka.”

“Menjelang Ogos 2025, semua gantri di setiap stesen akan siap.”

Jelasnya lagi, sekiranya perlu, sistem ini akan terus diperkembangkan dengan membolehkan penggunaan mod pembayaran yang lain seperti Kod QR dalam fasa pelaksanaan seterusnya.

BACA: “Aku tangkap basah mak mertua aku ketika dia dengan suami aku, jam tu jugak aku sergah suami depan-depan”