Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), mengesahkan bahawa akan ada lebih ramai pemain dan staf yang akan meninggalkan pasukan tersebut.
Tunku Mahkota Johor memberitahu mengenai perkara tersebut di bahagian komen Instagram Johor Southern Tigers
Berkenaan pemindahan pemain dan jurulatih kelab pada hari Khamis.
Dengan tindakan yang diambil itu, Tunku Ismail menyatakan bahawa JDT akan menjadi pasukan ‘underdog’ pada musim hadapan.
“Underdog tahun depan, akan ada ramai lagi yang keluar dari kelab. Proses berjimat,” tulis Tunku Ismail.
“Ramai lagi yang akan keluar” – Apa sebenarnya berlaku kepada JDT sampai TMJ berkata begini
Harimau Selatan mengambil pendekatan itu kerana mahu ubahsuai kelab dengan mengurangkan kos supaya kelab boleh terus beraksi dalam jangka masa yang panjang.
Dulu, kelab Juara Liga Super selama 10 musim berturut-turut mengumumkan bahawa jurulatih, Esteban Solari, serta beberapa pemain utama seperti Aidil Zafuan Abd Radzak, S. Kunanlan, Ahmad Hazwan Bakri, Adam Nor Azlin, Leandro Velazquez, dan Diogo Luis Santo telah meninggalkan kelab.
Dalam penulisan yang sama, Tunku Ismail nampak sedih apabila penonton ke Stadium Sultan Ibrahim, stadium terkenal dunia, tidak memberikan kesan yang baik.
“Stadium jarang penuh, RM10 aja tiket terbuka. Apapun, kita doa yang terbaik untuk kelab. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong kami,” katanya. – Kosmo!
Baca:Dalam media sosial romantik dengan isteri, rupanya pengacara lelaki terkenal rupanya ‘buaya darat’