Assalam. Kisahnya begini. Saya ada 6 orang anak berusia antara 3 hingga 15 tahun.
Saya bekerja sebagai supervisor di sebuah kilang elektronik. Kerja 12 jam. Bapa mertua saya tinggal dengan kami di sebuah rumah yang sederhana sahaja tetapi selesa.
Mak mertua dah 5 tahun mngal dunia. Apa yang saya nak sampaikan adalah tentang kakak ipar saya.
Dia tidak berkerja. Hanya mengambil upah mengemas dan membersihkan rumah2 jiran yang bekerja di kawasan perumahan tempat dia tinggal. Anak2 dia dah besar2 semuanya.
Rumah kakak ipar jaraknya lebih kurang 60 km dengan rumah saya. Saya puji kakak ipar saya min. Setiap minggu dia mesti datang rumah saya. Bukan setakat nak jenguk bapak dia min tapi dia datang bawak macam2 barang mentah untuk dia masak bagi bapak dia dan kami makan.
Dia tolong saya kemas rumah saya. Dari hujung garaj sampai hujung dapur. Lipat baju. Mcm2 kerja rumah dia buat min. Saya sampai naik malu dengan dia. Dah la dia datang rumah saya pun naik grab aje sebab dia tak reti bawak kereta. Dia datang sorang2 aje min sebab dia cakap suami dia dengan anak2 dia semuanya sibuk.
Aku selalu cakap kat dia tak payahlah susah2 buat semua ni. Tapi jawapan yang dia bagi buat aku terharu min. Dia cakap laki akak tak berapa suka bapak duduk dengan akak sebab bapak suka tegur laki akak dan anak2 akak kalau ada benda yang dia tak berkenan.
Macam bukak tv kuat-kuat ke dan tengok astro lama2. Nanti bapak cakap kenapa membazir. Laki akak ipar aku ego dan berlagak jugak. Jadi akak ipar kata hanya aku dengan adik dia iaitu laki aku aje sanggup terima bapak dan jaga bapak.
Kalau anak2 yang lain mcm tak suka jugak bapak ada kat rumah dia org. Kakak ipar kata hanya dengan cara begini dia dapat balas jasa aku jaga bapak dia. Baik kan kakak ipar aku ni?
Aku doakan akak ipar aku diberi keberkatan dalam umur, sihat dan dapat rezeki yang banyak. Aku tak dapat la nak buat macam akak ipar aku buat kat bapak dia sebab abah aku dah mngal dunia.
Apa reaksi warganet
Rizal Rodzuan, Penceritaan yg mudah difahami, mudah dibaca, mudah diambil iktibar. Semoga admin dpt bykkan yg sebegini berbanding yg mudah undang makihamun mcm papi tu, Dan jadikan tanda Aras penulisan berbanding yg Mcm budak wicet Tu. Tahniah tt.
Tie Arif, Dua2 insan yang mulia. Semoga Allah beri kemurahan rezeki yang melimpah ruah atas sebab menjaga seorang bergelar ayah. Jarang menantu nak bela bapa mentua tapi TT menunjukkan contoh menantu yang baik. Dan tidak hairanlah anak yang baik ingin membalas jasa adik ipar kerana menjaga bapanya.
Faezah Ngah, siapa yg msh ada mak ,ayah atau mak mertua dan pak mertua,rebutlah peluang utk berbakti dan menjaganya setulus hati,saya sndri jaga mak,alhmdlh rezeki saya melimpah ruah,hati saya tenang sangat2….setiap perjalnn saya,hari2 mak doakn utk sy semoga dipermudhkn segalanya…
insylh sy akn jaga mak saya,hingga hembusan terakhir..syg mak ketat-ketat.
Sarinah Salleh, Alhamdulillah.. pertama kali aku baca kisah memuji ipar nya. Itulah, x salah kan kita share benda yang baik. Ini menunjukkan kak ipar awak mmg seorang yang baik dan pandai membalas budi org. Semoga awak, kak ipar dan seluruh keluarga sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah selalu.. Aamiin .
Amy Nurami, Alhamdulillah…. Memang perkara terpuji yg dah di buat kak ipar dan jg awk sndiri… Masing2 pandai mnjlnkan tnggungjwb… Moga Allah limpahkan rahmat, kasih sayng yang sebesar2nya buat kluarga ini… Dimurahkan rezeki dan diberkati hingga ke syurga…. Tiada hasad antara satu sama lain… Amat rare… Sy pun tersentuh dgn crita ni.
Hadijah Ahmad, Alhamdulillah….kita doa kn baik2 untuk keluarga kita…bila doa kita baik2..yg smpai pun baik2..saya suka cara awk yg tak cemburu…ada setengah bila kita jaga atau bawa org tua…ada yg kata kita yg habis kan duit org tua…cara yg baik..Semoga awk dan keluarga awk dimurah kn rezeki dari allah swt…amin