Beli RM 400k, lepas 6 tahun kondo di Cyberjaya dijual RM 270k je, ini sebab harganya murah

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Apabila membicarakan mengenai pelaburan hartanah, banyak yang bersetuju bahawa pelaburan ini menawarkan pulangan yang tinggi dan berbaloi kepada para pelabur.

Harga hartanah yang kini semakin meningkat membolehkan pelabur meraih keuntungan

sama ada melalui pendapatan sewa atau penjualan semula hartanah tersebut.

Beli RM 400k, lepas 6 tahun kondo di Cyberjaya dijual RM 270k je, ini sebab harganya murah

Walau bagaimanapun, tidak semua hartanah sesuai untuk dijadikan pelaburan. Melalui perkongsian daripada X @shxhrxlxr,

beliau memaklumkan tentang sebuah apartmen yang dikenali sebagai Skypark Cyberjaya, Jalan Teknokrat 1 yang bermula dengan harga serendah RM262,400.

Lebih mengejutkan, apartmen yang pada awalnya ditawarkan pada harga hampir setengah juta Ringgit telah mengalami penurunan harga hanya dalam tempoh 6 tahun.

Mengikut semakan di laman web lelong hartanah, apartmen di Cyberjaya ini mula disenaraikan untuk lelong pada harga RM400,000 pada Mac 2021 dan kemudiannya terus merosot sehingga mencapai harga lelongan serendah RM226,000 pada masa kini.

Berikutan respon netizen terhadap harga lelongan yang rendah, kebanyakan mereka bersetuju bahawa apartmen ini seharusnya ditawarkan pada harga yang lebih rendah.

Diketahui bahawa kurangnya penyelenggaraan, kejadian kebakaran yang kerap berlaku, masalah dengan lif, dan kos parkir yang perlu dibayar setiap kali memasuki apartmen menjadi faktor utama yang menyebabkan minat orang ramai untuk menetap di apartmen ini kurang mendalam.

BACA: Putera Mahkota Arab Saudi rugi RM2 billion ‘ter’beli lukisan Da Vinci fake!