Netizen terkejut kafe caj RM9 untuk sekeping roti canai, nasi lemak telur pula dicaj RM10

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Seorang pengguna Facebook terkejut apabila sebuah kafe kedai makan mengenakan harga cekik darah untuk roti canai kosong yang dipesannya.

Menerusi resit makanan yang dikongsi Hairil Aien, tertera harga roti canai kosong

Ada yang dipesannya iaitu RM9 sekeping, manakala roti telur pula RM11.

Netizen terkejut kafe caj RM9 untuk sekeping roti canai, nasi lemak telur pula dicaj RM10

Difahamkan, dia dan anaknya menikmati sarapan pagi di kafe yang tidak dinamakan itu dengan memesan sepinggan nasi lemak, sekeping roti telur dan dua keping roti canai kosong.

Nasi lemak kosong dengan sambal dan telur separuh pula berharga RM10.

“Roti di awangan berterbangan. Roti 1800 meter,” tulis kspsyen pengguna itu.

Secara keseluruhan, dia dikenakan RM45 untuk tiga hidangan, termasuk caj SST 6 peratus.

Difahamkan, lokasi kafe tersebut dikatakan terletak di Genting Highlands berdasarkan komen pengguna Facebook tersebut dengan pengikutnya, namun tidak dapat dipastikan lokasi sebenar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut terkejut dan bersetuju bahawa harga yang diletakkan terlalu mahal untuk sekeping roti canai dan roti telur.

Mereka juga bertanya telur dan tepung jenis apa yang digunakan untuk menguli sekeping roti canai.

“Fuhh guna tepung majerin apa roti tu,” komen pengikutnya yang kemudian dibalas oleh tuan badan “nanti kita siasat”.

“Tempat i ni perkara biasa U. U belum kena nasi kosong dengan ayam goreng saje RM16.90. Lagi kayangan kan harga,” komen yang lain.

“Sama harga dekat Genting Highlands ni lebih kurang. Roti kosong RM14 kalau dekat sana. Nasib tak pesan,” komen netizen.

Baca juga:Rupanya macam ini tayar keretapi tukar landasan, video bawah gerabak buat ramai khayal tengok