Wanita kongsi cara orang ‘pro’ goreng ikan keli sebab takut minyak selalu meletup

Oleh SURIANI HAMDAN

Kalau tak reti masak, boleh bersilat dekat dapur lepas terkena percikan minyak goreng ikan keli ini.

Bukan sikit, habis dinding dapur terkena percikan minyak bila masak, satu hal pula nak tutup dengan tudung periuk.

Rupanya ada teknik nak masak ikan keli supaya tak meletup, ikan pula luru dan tak berbengkok lepas digoreng.

Wanita kongsi cara orang ‘pro’ goreng ikan keli sebab takut minyak selalu meletup

Boleh ikuti tips yang dikongsikan Rohayu Naura di laman Facebook ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.

“Sedikit ilmu tak bagi meletup masa goreng ikan keli. Korang jangan terpedaya dengan ikan yang besar.

“Jangan ambil ikan keli yang besar. Percaya la ikan keli besar sedap, isi dia liat. Pilih ikan keli yang kecil comey-comey saja ok,” ujar Rohayu.

Cara-cara goreng ikan keli:

Ikan keli basuh dulu ala-ala kadar saja. Potong kepalanya, kemudian kelar macam dalam gambar.
Selepas itu, letak tepung bandun dengan limau.

Ramas-ramas bagi keluar lendir. Baru masuk sedikit air dan ramas lagi. Baru basuh bersih-bersih.

Bila dah bersih, letak garam dan kunyit. Sambil itu kalian dah boleh mula panaskan minyak.

Kemudian goreng macam biasa. Tak meletup.

Siap, kalian boleh makan dengan nasi dan tuang kicap.

Senang rupanya, dah tak perlu berperang atau beli di kedai, buat sahaja dekat rumah, boleh bertambah nasi kalau makan dengan sambal.

Baca juga:Wanita ini nekad ceraikan diri sendiri guna whatsapp suami, rupanya ini sebenarnya yang jadi