Biasalah kalau dah selalu memasak mesti kadang-kadang kering idea lauk apa untuk dibuat bagi santapan keluarga.
Mesti nak pelbagaikan lauk dan masakan, bimbang keluarga bosan asyik makan benda sama sahaja.
Boleh cuba resipi ‘kepak ayam pedas manis’ yang dikongsikan Victoria Van Bennekum menerusi halaman Facebook ‘Masak Apa Hari Ni (MAHN)’.
Bila saya masak kepak ayam dalam oven begini untuk jamuan, memang habis dalam sekelip mata. Pedas dan manis rasanya, memang kegemaran ramai.
Kepak ayam manis-manis pedas
No photo description available.
Bahan-bahan:
1 kg kepak ayam – Bersihkan dengan air hingga jernih, toskan hingga kering.
Madu (honey)
Bahan untuk rempah:
- 1 sudu kecil serbuk jintan
- 1 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1 sudu kecil serbuk bawang putih
- 2 sudu kecil serbuk bawang
- 2 sudu kecil serbuk cili (tambah jika nak lebih pedas)
- 1 Sudu kecil serbuk kunyit
- 3 sudu makan tepung jagung
- 2 sudu besar kicap manis
- Garam secukup rasa
Cara memasak:
Satukan semua rempah dan kemudian campurkan dengan kepak ayam dan gaulkan hingga sebati.
Perapkan selama 30 minit (kalau semalaman lagi sedap).
Susunkan kepak ayam di dulang ketuhar. Dan masukkannya ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Pertama, pada suhu 150 ° C selama 20 minit.
Kemudian terbalikkan kepak ayam, lumurkan perapan dalam dulang di atas kepak ayam dan bakar lagi selama 10 minit .
Akhir sekali, campurkan madu dgn krpak ayam dan bakar pada suhu 200 ° C hingga keperangan dan rangup … lebih kurang 10 – 20 minit.
Bergantung pada ketuhar masing-masing dan kalau nak ranggup ke atau tidak.
Bila dah cukup ranggup, keluarkan dari oven, dan dah boleh dihidangkan.
Tapi jangan makan terus dari oven, panas tu.
Boleh juga kalau nak goreng tapi lebih sihat untuk menggunakan ketuhar dan tahap manis dan pedas tu boleh dibuat mengikut citarasa masing-masing.
Baca juga:Bukan surat khabar biasa! Nilai surat khabar Malaya Merdeka tarikh 31 Ogos 1957 ini bernilai RM5000