Ini yang bakal terjadi kalau kita cabut satu persatu ‘rambut’ yang ada pada tayar

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Jika diperhatikan tayar pada mana-mana kenderaan, seperti pada motosikal, kereta atau lori, korang mesti perasan dengan satu benda.

Tayar kenderaan ini yang biasanya diperbuat daripada getah pasti mempunyai rambut-rambut pada permukaannya, selain dari bunga tayar itu sendiri.

Secara umumnya, kita sudah mengetahui fungsi bunga tayar. Selain daripada mengatasi cekaman dengan permukaan jalan, bunga tayar juga memberikan daya geseran untuk mengelakkan tayar daripada menjadi licin.

Ini yang bakal terjadi kalau kita cabut satu persatu 'rambut' yang ada pada tayar

Namun begitu, kita jarang mendengar atau mencari jawapan di sebalik misteri mengapa ‘rambut’ ini wujud pada tayar kenderaan masing-masing.

Mungkin juga ada yang tersalah sangka bahawa rambut-rambut itu adalah sebahagian daripada bunga tayar.

Adakah kehadiran ‘rambut’ ini bersifat estetik sahaja, atau mempunyai fungsi tersendiri?
Sebelum mengetahui fungsinya, mari kita kenali nama bahagian rambut ini.

Menurut Toyo Tires, bahagian ini mempunyai banyak nama, tetapi secara umumnya dikenali sebagai vent spews atau misai tayar.

Misai atau rambut tayar ini sebenarnya memainkan peranan penting semasa proses penghasilan tayar.

Pada permulaannya, tayar dihasilkan tanpa sebarang tanda, maklumat, atau corak bunga sebelum diletakkan ke dalam acuan tayar.

Apabila tayar kosong dimasukkan ke dalam acuan tayar, haba dan tekanan akan memberikan bentuk baru kepada tayar tersebut.

Getah pada tayar akan mengembang dan mengisi ruang acuan, serta menghasilkan corak bunga tayar yang ada pada acuan.

Semasa proses ini, terdapat risiko gelembung udara akan terbentuk antara getah dan acuan. Gelembung udara tersebut akan menghalang acuan daripada menghasilkan bentuk tayar yang betul.

Jadi, pada acuan tersebut, terdapat tiub-tiub kecil yang bertujuan untuk menyingkirkan udara supaya tidak terperangkap dalam proses membentuk tayar.

Maka, semasa tayar dibentuk, lebihan getah memasuki tiub-tiub tersebut semasa proses penyingkiran udara dan mengeras. Sebagai hasilnya, rambut tayar itu terbentuk.

Rambut-rambut tayar ini juga boleh digunakan sebagai bantuan visual semasa pemeriksaan kualiti tayar dilakukan.

Jika terdapat pembentukan rambut tayar, itu menandakan sistem ventilasi pada acuan berfungsi dengan baik dan tidak tersumbat.

Menurut Pengurus Teknikal Toyo Tyres, Steve Burke, rambut tayar itu sangat penting semasa proses penghasilan tayar.

Namun, apabila tayar sudah siap, ia tidak lagi mempunyai kepentingan yang signifikan kepada pengguna.

“Ramai pemilik kereta, terutama yang membawa kereta ke acara pertunjukkan, akan membuang rambut pada tayar.

“Namun, tiada sebab praktikal atau keperluan untuk membuang rambut tayar ini. Cukup gunakan tangan sahaja. Tarik satu persatu, itulah caranya,” katanya.

BACA JUGA :

‘Macam mana dia boleh post-post rindu dengan wife dia tapi dalam masa sama duk berkasih sayang dengan si Farah, muka nerd tapi perangai…’

Suami gaji RM900 curang, ‘Alang-alang rumahtangga hancur, saya hancurkan sekali rumah yang dibina. Bini baharu menangis tiada tempat tinggal’

“Aku tanya abah, bini ada 3 ni guna minyak pengasih ke? Abah jawab mula-mula aku tak percaya, lama-lama aku dengar..”