Lelaki ini bernasib baik apabila memenangi kes tuntutan wang simpanan bapanya bernilai RM5.73 juta, menjadikannya jutawan dengan segera.
Exequiel Hinojosa sedang menyemak barang peninggalan bapanya yang meninggal dunia 10 tahun lalu ketika menemui sebuah buku simpanan bank berusia enam dekad yang tidak diketahui oleh sesiapa dalam keluarga.
Bapanya dikatakan telah menyimpan wang itu antara tahun 1960 hingga 1970-an untuk membeli rumah.
Buku simpanan itu menunjukkan bahawa dengan kadar faedah dan inflasi, jumlah itu kini mencecah hampir AS$1.2 juta hasil dari simpanan berdekad tersebut.
Namun malangnya, lelaki tersebut menyedari bahawa bank tempat bapanya menyimpan wang itu sudah lama ditutup.
Walaupun buku bank serupa tidak bernilai, buku simpanan yang ditemuinya mempunyai butiran penting yang menunjukkan bahawa jika bank tidak dapat membuat pembayaran, kerajaan akan mengambil alih kawalan.
Bagaimanapun, pada masa itu, kerajaan tidak dapat menyelesaikan kes tersebut, memaksa Hinojosa membawa kes itu ke mahkamah untuk menuntut hak keluarganya.
Mahkamah memutuskan bahawa tuntutan itu memihak kepada keluarga Hinojosa, namun kerajaan membuat rayuan.
“Wang itu milik bapa kami. Dia menyimpannya dengan hasil kerja kerasnya yang dijamin dengan komitmen kerajaan.
“Jika sistem keadilan, mahkamah agung, mahkamah rayuan memutuskan memihak kepada saya, yang tinggal untuk menyelesaikan masalah ialah membayar apa yang perlu dibayar, tidak lebih dan tidak kurang,” kata Hinojosa.
Akhirnya, Mahkamah Agung memutuskan bahawa kerajaan perlu membayar pampasan sebanyak AS$1,100,000 (RM5.26 juta) bersama-sama dengan faedah dan elaun.
BACA JUGA :
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio