Menerusi perkongsian klip durasi pendek yang dikongsikan oleh akaun TikTok syafikahramli_,
isu ini baru-baru ini telah menjadi perbualan hangat di media sosial.
Dalam klip video tersebut, seorang pemandu wanita menyuarakan kemarahannya
Terhadap tindakan sesetengah pekerja ‘flyer’ yang meletakkan bahan promosi mereka di cermin hadapan kenderaannya.
Beliau memberikan amaran dan pesanan kepada para ‘pekerja’ tersebut kerana tindakan tersebut dianggap menyusahkan pemilik kenderaan.
@syafikahramli_ Jangan letak flyers kat kereta. #LearnOnTikTok ♬ original sound – Syafikah
Video tersebut turut mendapat perhatian di media sosial dan memicu pelbagai reaksi daripada netizen.
Banyak netizen memberikan komen, menyatakan bahawa tindakan tersebut memang menyusahkan pemilik kenderaan dan mungkin merosakkan cermin hadapan kereta.
Ada yang turut memberikan cadangan cara untuk menghilangkan kesan kertas yang melekat pada cermin hadapan kenderaan.
Perkongsian video klip di TikTok ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada orang ramai, dengan jumlah penonton mencapai 1.1 juta, 34.4 ribu sukaan, dan 484 komen.
BACA: ‘Jenis tak sedar diuntung’, pelarian Rohingya di Aceh kantoi buang nasi, alasannya tak boleh ‘brain’