Senang je rupanya tukar wiper kereta sendiri, abang ini tunjuk caranya

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Sebagai pemilik kereta, sudah menjadi kewajipan kepada kita untuk mengetahui mengenai setiap sudut kenderaan

Agar dapat mengenal pasti masalah sekiranya berlaku kerosakan dan sebagainya.

Oleh itu, perkara ini tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja,

Senang je rupanya tukar wiper kereta sendiri, abang ini tunjuk caranya

lebih-lebih lagi sesetengah bahagian kenderaan ini dianggap remeh termasuk wiper kereta.

Lazimnya, wiper kereta digunakan ketika berada dalam cuaca hujan untuk menangkis air atau kotoran pada cermin kereta, Jika bahagian ini rosak atau getahnya sudah tidak berfungsi, kita akan membawa ke kedai kereta berhampiran untuk menukar yang baru.

Tahukah anda, sebenarnya, cara untuk menukar wiper sangat mudah dan tidak mengambil masa yang lama dan boleh dilakukan di rumah sahaja.

Macam mana nak tukar?

Nak tahu dengan lebih lanjut, mari kita ikuti video yang dimuat naik di akaun TikTok @pakwee_ oe mengenai cara menukar wiper yang telah rosak.

@pakwee_oe Cara Tukar Wiper Part 1 #pakwee #dtinzautodetailing #utkkomeajerr #fypmalaysia #knowlage #longervideos #longervideosontiktok #fyp #fypmalaysia🇲🇾 #wiperkereta #carwiper #tukarwiper #wipercar #keretawiper ♬ presentation – TimTaj


Mudah Je Ini Cara Tukar Wiper Kereta

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh lelaki yang mesra dikenali sebagai Pak Wee itu, terdapat beberapa jenis wiper yang digunakan pada cermin kereta. Sebagai contoh, wiper yang digunakan pada kenderaan tersebut adalah jenis Silikon.

Wiper itu merupakan salah satu wiper yang boleh didapati di dalam pasaran kereta secara meluas.

1. Buka Klip

cara tukar wiper kereta

Langkah pertama, lihat pada bahagian tengah sendi wiper, terdapat satu klip di situ. Angkat klip tersebut.

2. Tolak Wiper

cara tukar wiper kereta

Kemudian, angkat wiper tersebut dan pegang pada bahagian tengah sebelum tolak ke bawah untuk membukanya.

3. Baringkan Besi Wiper

Pastikan besi wiper yang diletakkan dalam keadaan baring dan bukannya pada keadaan berdiri. Ia bagi mengelakkan besi itu terjatuh lalu menghentam cermin kereta hingga boleh menyebabkan pecah.

Untuk mengelakkan perkara itu berlaku, anda boleh menggunakan kain sebagai alas pada bahagian bawah besi.

4. Pasang Semula Seperti Biasa

cara tukar wiper kereta

Ambil wiper baharu yang telah dibeli, pastikan klip dalam keadaan terbuka lalu masukkan pada bahagian sendi wiper.

Berbeza dengan cara membuka wiper, iaitu perlu menolak, kali ini anda perlu menarik wiper baharu itu sebelum mengunci klip dan siap!

Semoga bermanfaat.

Untuk memahami dengan lebih jelas, mari tonton video di bawah ini.

BACA: “Makin hari aku makin stress tapi aku tak mau cerai, aku sayang laki aku, aku cuma nakkan..susah sangat ke nak bagi?”