Seorang wanita nekad menghantar mesej penceraian terhadap dirinya sendiri
Menerusi telefon pintar milik suami, setelah suaminya menolak permohonannya untuk bercerai untuk beberapa kali.
Kisah ini melibatkan seorang wanita warganegara Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang mengalami kesukaran ketika menfailkan tuntutan cerai daripada suaminya.
Wanita ini nekad ceraikan diri sendiri guna whatsapp suami, rupanya ini sebenarnya yang jadi
Menurut agensi surat khabar Dubai, Al Bayan. wanita tersebut berbuat demikian kerana didakwa berada dalam hubungan toksik selama tiga tahun.
Percubaan untuk ‘ceraikan dirinya sendiri’ melalui aplikasi permesejan pada telefon suami
Ketika suaminya sedang nyenyak tidur, wanita tersebut telah menggunakan hujung jari suaminya untuk membuka akses telefon pintar suaminya.
Selepas mendapat akses terhadap telefon pitar suaminya, wanita itu menaip mesej ‘saya ceraikan awak’ kepada dirinya sendiri sebanyak tiga kali.
Berdasarkan hukum syariah, si suami boleh menceraikan isteri di khalayak dengan mengucapkan perkataan ‘saya ceraikan awak’ sebanyak tiga kali.
Perkara ini dirujuk sebagai Talak Tiga, yang menyebabkan pasangan tersebut tidak lagi memiliki tempoh masa untuk rujuk.
Bagi wanita pula, proses penceraian memerlukan individu tersebut hadir di mahkamah, selepas kanseling keluarga masih tidak membantu mereka untuk berbaik semula.
Oleh itu, wanita tersebut telah ‘menjatuhkan talak ke atas dirinya selama tiga kali’ menerusi mesej bagi menyelamatkan dirinya daripada kehidupan yang toksik.
Pada hari seterusnya, wanita tersebut telah menghadiri sidang mahkamah dengan menunjukkan mesej tersebut sebagai salah satu bukti.
Walau bagaimaapun, langkah yang disifatkan agak terdesak ini hanya mampu merumitkan keadaan yang dialami wanita tersebut.
Isteri ‘Ceraikan’ Diri Sendiri Guna Telefon Suami
Perbuatannya yang disangkakan langkah kanan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila para pegawai Dubai Personal Status Court bertanya berkenaan sumber mesej tersebut.
Menurut Al Bayan, suami wanita itu dilaporkan bakal menjadikan proses penceraiannya sukar dalam tempoh masa yang lama.
Tambahnya, lelaki tersebut sebelum ini menolak tuntuan cerai yang difailkan isterinya. Akhbar tersebut mengatakan, tindakan si suami itu bukanlah disebabkan masih ada perasaan sayang tetapi, dia dikatakan mahu memalukan isterinya serta menderanya secara emosi.
Difahamkan, pasangan tersebut memiliki beberapa cahaya mata dan didapati sering bergaduh serta tidur di bilik yang berasingan.
BACA: Kenapa telinga ‘bengkak’ ini selalu terjadi kepada ‘fighter’, ini puncanya